Profile Picture

Nadhira Azreen *******

Diploma Pascasiswazah - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah - Matematik

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Jitra, Kedah

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training Matematik Tambahan

Verified Profile

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai Assalamualaikum.

Saya Cikgu Nadhira, seorang graduan Ijazah Sarjana Matematik Gunaan dari UiTM Shah Alam, Selangor. Saya juga merupakan graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Saya mempunyai pengalaman sebagai guru praktikal, tutor dan guru di pusat tuisyen. Saya sangat meminati subjek Matematik dan teruja untuk berkongsi ilmu matematik dengan pelajar yang memerlukan bimbingan bagi mencapai keputusan yang cemerlang. Saya akan memastikan pelajar dapat meminati konsep matematik dengan lebih mudah dan praktikal di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan disesuaikan mengikut tahap kemampuan dan kefahaman pelajar.
Teaching Method(s)
1. Saya akan memfokuskan kepada tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik. Sebagai contoh, saya akan memastikan pelajar memahami asas sesuatu topik matematik yang diajar sebelum saya beralih ke topik atau peringkat yang seterusnya. Selain itu, bagi mengukuhkan lagi kefahaman pelajar, saya akan memberikan latihan berperingkat, membuat perbincangan dan menerangkan semula sekiranya pelajar kurang faham terhadap sesuatu konsep matematik.
2. Saya juga akan menggunakan contoh situasi harian ketika memberikan penerangan terhadap sesuatu konsep matematik supaya pelajar dapat berimaginasi dan kaitkan matematik dengan kehidupan sebenar. Jadi, pelajar boleh memahami matematik dengan lebih baik.
3. Saya sangat menggalakkan sesi pembelajaran yang interaktif. Komunikasi dua hala yang berlaku sepanjang kelas antara guru dan pelajar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baik. Sebagai contoh, pelajar boleh bertanya soalan serta menerangkan semula konsep matematik yang diterangkan oleh guru.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5