Profile Picture

Muhammad Daniel *******

Sarjana Muda - Bachelor Of Arts (Majoring In Malay Linguistic And Minoring In Psychology)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Ongoing Study)

Baling, Kedah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan pelajar di Universiti Sains Malaysia yang sedang menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian, bermajorkan Linguistik Melayu dan berminorkan Psikologi. Oleh itu, semestinya saya mempunyai ilmu yang luas berkenaan dengan subjek Bahasa Melayu. Namun begitu, saya turut mempunyai kepakaran dalam subjek Sejarah memandangkan saya merupakan pelajar cemerlang dalam subjek tersebut sejak dari sekolah menengah. Sehubungan dengan itu, saya mampu mengajar dalam dua subjek iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. Saya merupakan seorang yang berdedikasi dan komited dalam berkongsi ilmu kerana saya percaya ilmu pengetahuan itu wajib dikongsi bersama dengan semua orang secara adil. Oleh itu, saya sentiasa bersungguh-sungguh ketika menjadi tutor dan guru muda sewaktu di sekolah menengah.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik mengajar yang tidak begitu memberi tekanan kepada pelajar kerana saya percaya setiap pelajar tidak suka belajar dalam suasana yang tertekan dan tegang. Oleh itu, saya akan memastikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya, saya akan mengajar dengan lebih santai dan menggunakan teknik yang dapat menarik minat pelajar. Untuk subjek Bahasa Melayu, saya akan lebih menekankan tentang bagaimana untuk membuat karangan yang terbaik dengan cara yang mudah. Selain itu, saya turut memberi penekanan terhadap topik tatabahasa. Manakala untuk subjek Sejarah yang kebanyakannya bersandarkan pada fakta, saya akan dedahkan kepada pelajar tentang cara mudah untuk mengingat fakta melalui kaedah akronim misalnya.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 STPM - Tingkatan 6
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 STPM - Tingkatan 6