Profile Picture

Nur Shafiqah *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Sumber Manusia

Universiti Teknologi MARA (Arau) (Graduated)

Kuala Terengganu, Terengganu

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Nur Shafiqah dan saya berasal dari Terengganu. Saya berpengalaman mengajar di Pusat Tuisyen Bijak Interlek, khusus dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6, serta Matematik Pemulihan untuk pelajar sekolah rendah berumur antara 4 hingga 12 tahun. Dengan pendekatan yang mesra dan sabar, saya membantu pelajar membina asas yang kukuh serta keyakinan dalam pembelajaran mereka.

Saya boleh mengajar secara bersemuka di kawasan Kuala Terengganu dan juga secara online, mengikut keselesaan ibu bapa dan pelajar. Waktu pengajaran saya fleksibel,tersedia pada waktu pagi dan petang. Saya komited untuk memberikan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan, agar setiap pelajar dapat mencapai potensi terbaik mereka.
Teaching Method(s)
Saya mengajar pelajar menggunakan bahan pembelajaran yang saya hasilkan sendiri, khususnya untuk pelajar kelas pemulihan. Saya mencipta contoh penyelesaian, menyediakan latihan yang bersesuaian, dan menggunakan grafik yang menarik bagi membantu pemahaman mereka. Selain itu, saya mengamalkan teknik respon positif dan kerap berinteraksi dengan pelajar bagi meningkatkan minat serta motivasi mereka dalam pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 5 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 6
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 5 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 6