Profile Picture

Anis Nisrina

Sarjana Muda - Hubungan Antarabangsa

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Bukit Baru, Melaka

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Saya Anis Nisrina seorang tutor online berpengalaman dengan latar belakang akademik kukuh dalam bidang sejarah, pengajian am, dan hubungan antarabangsa. Saya kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang Undang-Undang Antarabangsa.

Saya berkelulusan:

1) STPM: Ekonomi, Sejarah, Pengajian Am & Pengajian Perniagaan - (Anugerah Dekan 3 semester berturut-turut)
2) Ijazah Sarjana Muda: Hubungan Antarabangsa (Minor: Diplomasi & Undang-undang Antarabangsa) - (Anugerah Dekan Kelas Pertama)
3) Sarjana (sedang belajar): Undang-Undang Antarabangsa

Kerjaya: Saya kena berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik bahagian sejarah di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka.

Dengan minat dan kepakaran mendalam dalam Sejarah Tingkatan 4 & 5 serta Pengajian Am, saya komited untuk membantu pelajar memahami topik-topik penting, menguasai kemahiran menjawab soalan esei dan KBAT, serta meningkatkan prestasi akademik mereka secara konsisten.

Apa yang saya tawarkan:
- Pengajaran interaktif & fokus pada silibus SPM/STPM
- Tips & teknik menjawab soalan berdasarkan pengalaman sendiri sebagai pelajar & pengkaji
- Nota ringkas & padat untuk ulang kaji
- Sesi fleksibel mengikut kesesuaian pelajar

Saya percaya setiap pelajar ada potensi untuk cemerlang β€” dengan bimbingan yang betul dan strategi yang sesuai. Jom belajar bersama saya dan capai keputusan yang anda impikan!
Teaching Method(s)
πŸ“˜ Kaedah Pembelajaran Bersama Saya:

✨ 1. Slide Pembelajaran Interaktif
Setiap topik diajar menggunakan slide ringkas, padat, dan penuh visual β€” bantu pelajar fokus & faham dengan lebih cepat.

πŸ“ 2. Nota Ringkas & Poin Penting
Pelajar akan dapat nota khas (PDF) yang disusun ikut subtopik. Mudah dibaca & sangat sesuai untuk ulangkaji last minute.

❓ 3. Latihan & Soalan KBAT/Esei
Setiap sesi akan diselitkan dengan latihan sebenar format exam (SPM/STPM). Saya akan tunjuk cara jawab ikut skema dengan tips-tips penting.

πŸ—£οΈ 4. Sesi Interaktif (tanya & jawab)
Pelajar digalakkan tanya apa-apa topik yang tak faham β€” saya akan terangkan sampai jelas. Nak ulang 2-3 kali pun saya ok!

πŸ“† 5. Fleksibel & Ikut Tahap Pelajar
Saya akan sesuaikan pengajaran ikut tahap kefahaman & keperluan setiap pelajar β€” tak terlalu laju, tak terlalu lambat.
Subject
Subject School Level
Sejarah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pengajian Am
STPM - Tingkatan 6