Profile Picture

Mohd Faizulnazrie *******

Sarjana(master) - Master Of Science (Industrial Biotechnology)

Universiti Malaysia Pahang (Kuantan) (Ongoing Study)

Kuantan, Pahang

Tutor Training

Online Class Preparation

Training Sejarah SPM

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya adalah seorang tutor dengan latar belakang pendidikan Diploma Sains dari Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dan graduan Sarjana Muda (Sains Gunaan) Bioteknologi Industri dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
(UMPSA).Kini sedang melanjutkan pelajaran di UMPSA dalam Master of Science.
Teaching Method(s)
Saya memfokuskan kepada penguasaan asas dan pengetahuan fundamental dalam setiap subjek/topik, terutamanya dalam bidang sains. Saya percaya bahawa pemahaman yang kukuh terhadap konsep asas sesuatu ilmu (topik/bidang) adalah kunci utama untuk pelajar menguasai topik yang lebih kompleks. Oleh itu, pendekatan saya memberi penekanan kepada penerapan ilmu secara menyeluruh dan praktikal, agar pelajar dapat melihat kaitan antara teori dan aplikasi dalam dunia sebenar.

Kaedah pengajaran saya juga berasaskan komunikasi dua hala, di mana interaksi aktif antara tutor dan pelajar digalakkan. Ini bertujuan membina keyakinan pelajar dalam menyatakan pendapat, bertanya soalan, serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara kritikal dan kreatif.

Saya turut menekankan latihan berfokus bagi setiap bab melalui soalan-soalan yang dipilih khusus untuk mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap topik tertentu. Ini membantu pelajar membina asas yang kukuh untuk penguasaan ilmu bagi setiap bab. Dengan pendekatan ini, pelajar bukan sahaja bersedia untuk peperiksaan, tetapi juga mampu berfikir secara saintifik.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Foundation STPM - Tingkatan 6 Universiti - Diploma STPM - Tingkatan 6 Foundation
Kimia
STPM - Tingkatan 6 Foundation STPM - Tingkatan 6 Tingkatan 4 Tingkatan 5