Profile Picture

Nur Ardini *******

Degree (Non Education Faculty) - Bachelor of Science in Mathematics with Education (Honours)

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Ongoing Study)

Kuantan, Pahang

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hi, saya Miss Dini. Saya tidak mempunyai pengalaman mengajar di mana-mana tempat, tetapi saya telah menjalani Kursus Pengalaman Awal di Sekolah di mana saya pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan selama 2 minggu untuk mengambil tahu tentang pengurusan sekolah dan cara serta teknik yang guru gunakan untuk mengajar subjek Matematik. Seterusnya, saya juga pernah ke Sekolah Menengah Kebangsaan untuk menjadi Tutor Matematik bagi pelajar Tingkatan 5 selama satu hari di mana program dijalankan di bawah Jabatan Matematik UPM. Selain itu, saya juga selalu mengajar rakan-rakan saya yang lemah sejak dari zaman sekolah sehingga ke alam universiti. Kejayaan terbaik saya adalah apabila saya berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 9A serta saya mendapat keputusan 3.96 dalam PNGK Sijil Matrikulasi. Saya amat berbangga dengan kejayaan ini kerana bagi saya untuk mencapai kejayaan ini banyak yang perlu dikorbankan seperti masa saya untuk bermain telefon dan lain-lain tetapi bagi saya ini tidak menjadi masalah memandangkan saya pandai mengatur masa dengan baik.
Teaching Method(s)
Jika saya belajar saya akan menggunakan teknik baca-faham-ingat, di mana saya akan membaca untuk faham kemudian saya akan menjadi lebih mudah untuk ingat dan hafal. Saya juga kerap melakukan latihan terutamanya untuk mata pelajaran Matematik kerana bagi saya Matematik akan menjadi lebih mudah apabila kita tahu konsep dan bentuk soalannya bagaimana. Seterusnya, untuk mengajar, saya telah merancang untuk mengajar dengan cara memperkenalkan konsep, seterusnya mengajar supaya pelajar faham seterusnya membuat contoh soalan bersama pelajar, kemudian memberi latihan sedikit kerana saya percaya pelajar juga mempunyai kerja sekolah yang lain untuk dilakukan. Dengan ini saya percaya pelajar akan faham apa yang diajar dan akan mendapatkan keputusan yang bagus.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5