Profile Picture

Noordayana Binti *******

Sarjana Muda - Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Graduated)

Puchong, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama diberi Dayana atau lebih mesra dipanggil Teacher Yan.
Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahun secara 1-to-1 dan online kepada pelajar Sekolah Rendah, Menengah Rendah & Menengah Atas.
Subjek utama saya adalah Matematik & subjek tambahan yang saya fokuskan adalah Matematik Tambahan.
Saya boleh mengajar kedua-dua subjek ini dalam Bahasa Malaysia dan English, mengikut keselesaan pelajar.
Kesemua pelajar saya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam exam besar (seperti SPM) dan peperiksaan akhir tahun mereka.
Teaching Method(s)
Saya lebih selesa menyediakan nota kaki cara saya sendiri agar saya boleh jelaskan kepada pelajar dengan lebih terperinci.
Selepas nota diberi, saya akan mengajak pelajar melakukan soalan latihan bersama-sama mengikut tahap kesukaran.
Apabila tiba hujung penggal persekolahan, saya akan menyediakan set-set soalan seperti yang mereka akan hadapi semasa exam akhir tahun atau exam besar, dan mencatat masa mereka menjawab. Saya juga lebih suka meluangkan masa yang lebih untuk fokus pada sesetengah topik yang kurang difahami. Selain itu, saya juga akan menekankan kepada pelajar kaedah cara menjawab dalam exam besar agar mereka boleh menjawab sebanyak soalan dan mengumpul sebanyak markah yang mungkin.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5