Profile Picture

Nurain Umairah *******

Sarjana Muda - Bachelor Of Medicine And Bachelor Of Surgery

Kolej Universiti WIDAD (Ongoing Study)

Kuantan, Pahang

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang pelajar sarjana muda dalam bidang perubatan dan pembedahan yang mempunyai keinginan, dan impian untuk memberikan tunjuk ajar dengan ilmu yang telah saya dapati. Menjadi seorang tutor yang komited dengan semangat yang jitu merupakan aspirasi saya dalam ingin membantu pelajar-pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Saya seorang yang peramah tetapi tegas.
Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi untuk menjadi pelajar cemerlang dengan bimbingan yang betul.

Tambahan lagi, saya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengajar, dan mampu menyesuaikan pendekatan pengajaran mengikut tahap kefahaman pelajar. Saya akan berusaha semampu jaya untuk memberikan impak positif kepada prestasi akademik pelajar.
Pilihlah saya sebagai tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Dalam mengajar subjek Matematik, ataupun Sains, saya mengutamakan pendekatan yang mudah difahami, dan secara berperingkat. Hal ini agar pelajar tidak berasa tertekan apabila pelajar akan difahamkan terlebih dahulu dengan konsep asas sebelum beralih ke topik yang lebih kompleks. Saya juga akan menggunakan teknik pemecahan masalah yang dilakukan secara langkah demi langkah, agar pelajar dapat melihat proses penyelesaian dengan lebih mudah, dan jelas.

Tambahan lagi, saya akan memberikan soalan-soalan rawak kepada pelajar-pelajar setiap kali sudah selesai satu topik. Hal ini untuk memastikan pelajar masih mengingati, dan mempraktikkan penyelesaian masalah yang sama agar tidak tertukar.

Selain daripada itu, saya akan sentiasa menyesuaikan gaya pengajaran saya mengikut tahap kefahaman pelajar.

Saya percaya bahawa latihan yang konsisten, dan pemahaman asas konsep merupakan kunci utama jika ingin cemerlang dalam Matematik, dan Sains.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 2 Darjah 3
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Darjah 6 Darjah 4 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Darjah 5 Darjah 3
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5