Profile Picture

Nik Nur *******

Sarjana Muda - Bahasa Melayu/ Matematik

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Bachok, Kelantan

Institut Perguruan

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Cikgu Nik, merupakan pelajar tahun akhir di institut pendidikan guru kampus ipoh. Saya ajar Bahasa Melayu dan matematik bagi murid sekolah rendah.

Saya suka guna gaya mengajar yang fun dan kreatif — lebih kepada murid faham, bukan hafal. Antara kemahiran saya ialah buat bahan bantu mengajar sendiri dan pandai tackle murid ikut tahap masing-masing.

Paling saya happy setakat ni bila berjaya bantu murid lemah Bahasa Melayu naikkan tahap penguasaan mereka sampai berani masuk pertandingan dan tunjukkan peningkatan yang ketara.
Teaching Method(s)
Dalam bilik darjah, saya percaya bahawa pembelajaran perlu menyeronokkan, relevan dan berkesan. Untuk capai perkara ini, saya gabungkan pelbagai teknik interaktif dan pendekatan kreatif bagi memastikan murid benar-benar faham dan terlibat secara aktif.

Antara teknik yang saya amalkan ialah pengajaran berasaskan permainan (game-based learning). Saya gunakan kuiz, roda soalan, pertandingan berkumpulan dan aktiviti cabutan untuk tarik perhatian dan wujudkan suasana pembelajaran yang lebih hidup dan menyeronokkan.

Saya juga suka gunakan edutainment dan projek mini seperti reka poster digital, hasilkan video pendek, atau pementasan ringkas. Kaedah ini bantu murid belajar sambil berkarya dan membina keyakinan.

Dari segi pemahaman, saya guna pendekatan ajar – tanya – uji. Selepas penerangan, saya beri latihan bertahap dan bantu murid bina pemahaman melalui teknik visual seperti peta minda, carta dan nota ringkas. Saya juga galakkan pembelajaran kolaboratif seperti think-pair-share dan aktiviti kumpulan.

Untuk bantu murid skor dalam peperiksaan, saya ajar mereka teknik menjawab berdasarkan markah soalan, cara kenal pasti kata kunci, serta struktur ISI + HURAIAN + CONTOH. Saya latih mereka buat analisis kesilapan selepas ujian supaya mereka tahu kelemahan sendiri dan boleh baiki.

Pendek kata, pendekatan saya fokus pada keseimbangan antara penguasaan ilmu, keseronokan belajar, dan kemahiran abad ke-21. Bila murid terlibat secara aktif dan seronok belajar, barulah ilmu melekat dan keputusan pun cemerlang.
Subject
Subject School Level
Matematik
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6