Profile Picture

Nur Faradilla *******

- Marine Engineering Technology

Ranaco Education and Training Institute (RETI) (Graduated)

Pasir Gudang, Johor

Total Teaching : 160 hours

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang pendidik yang berdedikasi dan bersemangat dalam membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka. Walaupun belum pernah mengajar secara rasmi di sekolah rendah atau menengah, saya mempunyai pengalaman mengajar subjek teknikal dalam bidang Kejuruteraan Maritim di Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis.

Dibesarkan dalam keluarga pendidik — di mana ibu saya sendiri seorang guru — saya memahami bahawa dunia pendidikan bukan sekadar penyampaian ilmu, tetapi juga proses membentuk minat, nilai serta keyakinan diri pelajar.

Selain itu, saya mempunyai pengalaman sebagai guru tuisyen persendirian (private teacher) selama lebih kurang satu tahun, dengan jumlah pelajar seramai sekitar 40 orang daripada pelbagai peringkat umur dan tahap penguasaan. Sehingga kini, saya masih aktif mengajar sebahagian besar pelajar tersebut secara berterusan, sekali gus menunjukkan kepercayaan ibu bapa terhadap kaedah pengajaran saya. Dalam kalangan pelajar dan ibu bapa, saya lebih dikenali sebagai “Teacher Farah”, selaras dengan pendekatan pengajaran saya yang mesra, sabar dan mudah didekati.

Saya telah berpengalaman mengajar murid prasekolah dan tadika yang belum fasih membaca, dan alhamdulillah ramai antara mereka menunjukkan perkembangan yang sangat baik dari segi penguasaan huruf, suku kata serta kefahaman bacaan.

Kini, saya turut mengajar subjek Bahasa Melayu bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan memberi tumpuan kepada kemahiran membaca, pemahaman dan penulisan karangan. Saya menggunakan kaedah kreatif, formula mudah serta pendekatan visual bagi membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih cepat dan berkesan.

Bagi saya, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, dan tugas saya adalah mencari pendekatan terbaik yang sesuai dengan keperluan mereka. Saya percaya suasana pembelajaran yang santai tetapi fokus mampu meningkatkan minat belajar serta membina keyakinan diri pelajar untuk mencapai kejayaan.
Teaching Method(s)
🌟 Kaedah Pembelajaran – Cikgu Farah 🌟
✔️ Fun & mudah faham!
✔️ Guna gambar, warna & lukisan (terutama untuk murid sekolah rendah)
✔️ Terangkan konsep dengan cara ringkas & logik (untuk pelajar menengah)
✔️ Latihan bertahap + tips jawab soalan exam
✔️ Galakkan pelajar bertanya & fikir secara kreatif
✔️ Gaya santai tapi fokus, ikut tahap pelajar
✔️ Sesuai untuk kelas 1 to 1 atau kumpulan kecil (online)

🎯 Matlamat saya: Bantu pelajar faham, minat & yakin dalam belajar!
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Pendidikan Islam
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sejarah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Jawi
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Mengaji - Al-Quran
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
3M (Bahasa Melayu)
Tadika
Rating & Review

Nureliyani Binti Mahat

Membaca B. Inggeris

25 Nov 2025 15:05

Tutor yang bagus dan tegas untuk anak saya...terima kasih teacher Farah 👍