Profile Picture

Siti Aisha *******

Sarjana Muda - Pendidikan Islam Dan Sejarah

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Bentong, Pahang

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan hai semua,saya Cikgu atau Ustazah Aisha merupakan seorang tutor yang akan memudahkan pemahaman dan penguasaan diri kamu dalam subjek yang memerlukan lebih bimbingan dan bantuan.

Saya seorang pelajar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia.Jurusan utama saya ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan jurusan elektif saya adalah Sejarah.Namun begitu,saya juga mampu untuk menguasai dan mengajara mata pelajaran yang lain seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar sepanjang sesi pembelajaran saya di pusat pengajian saya.Saya diberi pejuang mengajar mata pelajaran pendidikan islam kepada pelajar tahap 1 dan 2 serta mendapat kelulusan menjadi fasilitator bagi program kem bestari solat.Pencapaian akademik saya pada peringkat SPM adalah sebanyal 10 A dan saya mendapat pangkat MUMTAZ (cemerlang) pada peringkat Sijil Menengah Ugama dan mendapat 8 A dalam peperiksaan UPKK.

Teknik pengajaran saya adalah lebih kepada teknik didik hibur dan menarik.Fokus utama saya adalah agar pelajar dapat memahami dengan lebih bermakna terhadap topik yang sukar difahami sambil menikmati sesi pengajaran yang ceria dan mesra.
Teaching Method(s)
Saya lebih suka mengajar dengan meletakkan diri saya sebagai pelajar,teknik pengajara yang menarik dan mudah difahami adalah keutamaan bagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi saya.

Teknik pembelajaran menerusi abad ke-21 adalah menjadi misi saya dengan mempelbagaikan lagi teknik pengajaran yang menarik berpusatkan pelajar.Saya akan meletakkan sifat empati yang utama dalam dunia pengajaran dengan memahami dan merasai sendiri kesukaran dan cabaran murid semasa belajar agar merek dapat memperkembangkan lagi potensi dan kecemerlangan diri agar dapat menjadi pelajar yang berjaya.

Bagi platform pengajaran secara online,saya akan menggunakan aplikasi google meet/zoom atau secara peribadi melalui telegram dan whatssap mengikut keselesaan pelajar
Subject
Subject School Level
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 3 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 5 Tingkatan 4 Tingkatan 3
Sejarah
Tingkatan 1 Tingkatan 3 Darjah 1 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 4 Tingkatan 5