Profile Picture

Nurain Sakinah *******

Sarjana Muda - SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (PENGAJIAN AL-QURAN)

Universiti Malaya (Petaling Jaya) (Graduated)

Semenyih, Selangor

Tutor Training

Training Bahasa Arab Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya, Ustazah Nurain, berpengalaman mengajar mengaji untuk pelbagai peringkat umur di bawah syarikat Kelas Ustazah Sharifah dan mahir dalam bidang tajwid. Selain itu, saya pernah mengajar Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ) selama empat bulan di Kota Damansara. Subjek utama yang saya ajar ialah KKQ dan Bahasa Arab, manakala subjek tambahan termasuk Pendidikan Islam.
Saya memiliki kemahiran komunikasi yang berkesan dengan pelajar melalui penggunaan nada dan intonasi suara yang sesuai mengikut situasi. Bacaan Al-Quran saya juga boleh saya bacakan dengan baik dan merdu. Dalam pengajaran, saya memanfaatkan alat bantu mengajar yang interaktif serta menggabungkan kreativiti, aktiviti dan permainan bagi menarik minat pelajar. Tambahan pula, saya mahir menggunakan teknologi bagi memastikan sesi pembelajaran berlangsung dengan lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.
Teaching Method(s)
Antara teknik yang saya terapkan dalam pengajaran ialah penggunaan peta minda, bahan audio dan visual (khususnya untuk pengajaran tajwid), serta kaedah penyoalan secara berperingkat. Pendekatan pengajaran juga amat saya tekankan, terutamanya pendekatan berasaskan guru seperti talaqqi musyafahah, iaitu pembelajaran bersemuka bagi memastikan pelajar dapat melihat dengan jelas pergerakan mulut, kedudukan makhraj, dan posisi lidah dengan tepat. Untuk memperoleh skor yang baik, pelajar digalakkan melakukan banyak latihan, pengulangan, dan praktikal bacaan secara konsisten.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Darjah 2
Bahasa Arab
Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Jawi
Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Mengaji - Al-Quran
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa