Profile Picture

Nurul Billahizzati *******

Sarjana Muda - Civil Engineering

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Kapar, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan Sarjana Muda Kejuruteraas Awam. Bekerja sebagai Site Engineer. Sangat meminati Matematik bukan sahaja mampu mengajar berdasarkan sukatan pelajaran sekolah, tetapi juga mampu memberi nilai tambah melalui pemahaman aplikasi sebenar. Ini menjadikan pembelajaran lebih relevan, menarik, dan berkesan untuk pelajar.

Nama saya Cikgu Billah. Saya seorang jurutera tapak (site engineer) yang juga minat mengajar. Saya ingin mencari pengalaman mengajar secara sambilan, terutamanya dalam subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Mengaji

Saya biasa mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah , termasuk pelajar SPM. Saya suka gunakan pendekatan praktikal dan mudah faham, supaya pelajar nampak kaitan antara teori dan dunia sebenar.

Antara kemahiran saya termasuk:
Penguasaan dalam perisian AutoCAD & MS Excel untuk kejuruteraan
Cara penyampaian yang ringkas & fokus kepada penyelesaian masalah
Berpengalaman dalam projek pembinaan sebenar – jadi saya tahu apa yang penting!
Teaching Method(s)
Online
Saya percaya setiap pelajar belajar dengan cara yang berbeza, jadi saya mula dengan menilai tahap kefahaman pelajar, kemudian sesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan mereka. Saya terapkan konsep "step by step" – daripada asas hingga ke soalan aras tinggi. Pelajar dididik untuk faham konsep terlebih dahulu, bukan hanya hafal formula.

Saya juga sering gunakan:

Latihan berfokus (targeted drills) untuk topik yang lemah
Perbincangan dua hala – pelajar digalakkan bertanya dan berfikir kritikal
Nota ringkas & teknik cepat ingat (memory hooks) untuk formula dan konsep penting
Teknik Skor Cemerlang:
Untuk bantu pelajar skor dengan baik dalam peperiksaan, saya ajar mereka:

Strategi menjawab soalan peperiksaan dengan betul (keywords, cara pengiraan, susunan kerja)
Pengurusan masa semasa menjawab soalan
Analisis bentuk soalan berdasarkan trend SPM/peperiksaan lepas
Latihan intensif berdasarkan soalan sebenar dan ramalan
Saya juga galakkan pelajar buat "post-mortem" selepas latihan – supaya mereka tahu di mana kesilapan dan bagaimana nak baiki.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 2 Darjah 1 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 5 Tingkatan 4
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5