Profile Picture

Mohamad Hariz *******

Diploma / Stpm - Sains Komputer

Universiti Teknologi MARA (Raub) (Graduated)

Raub, Pahang

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Hariz Rafie, seorang pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Pintar di Universiti Teknologi MARA. Dengan latar belakang yang kukuh dalam Diploma Sains Komputer, saya kini menawarkan bimbingan bagi pelajar sekolah menengah yang memerlukannya.

Saya sentiasa bersemangat untuk membantu orang lain. Semasa di universiti, saya kerap meluangkan masa untuk mengajar rakan-rakan sebaya. Saya mendapati kaedah pembelajaran secara berkumpulan ini bukan sahaja membantu mereka memahami subjek dengan lebih mendalam, malah meningkatkan prestasi akademik mereka.

Saya mahir dalam subjek seperti Sains Komputer dan Matematik. Pencapaian saya dalam bidang ini terbukti melalui Anugerah Dekan yang saya peroleh setiap semester sepanjang pengajian diploma. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada, saya yakin dapat membantu anda mencapai prestasi cemerlang.

Mari belajar bersama! Saya akan bantu anda kuasai subjek ini dengan cara yang menyeronokkan dan mudah difahami.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kombinasi teknik pengajaran yang dinamik untuk memastikan sesi pembelajaran berkesan dan tidak membosankan. Ini termasuk visualisasi kandungan pembelajaran melalui carta dan diagram untuk memudahkan pemahaman konsep yang kompleks, serta permainan interaktif seperti Quizizz dan Kahoot untuk sesi ulang kaji yang menyeronokkan dan menguji kefahaman pelajar secara spontan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Asas Sains Komputer
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains Komputer
Tingkatan 4 Tingkatan 5