Profile Picture

Muhammad Khair

Diploma Pascasiswazah - Diploma Pendidikan Lanjutan Ijazah

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Kota Tinggi, Johor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Muhammad Khair bin Johari, seorang pendidik yang berdedikasi dan bersemangat dengan kelulusan Diploma Pascasiswazah Pendidikan dari UKM serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah. Saya mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Sejarah, Geografi dan Sains Sekolah Rendah di peringkat sekolah rendah dan menengah. Sepanjang pengalaman saya sebagai guru ganti dan guru praktikum, saya berupaya menyampaikan pengajaran yang menarik serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan berpusatkan murid untuk menyokong kejayaan akademik dan perkembangan holistik mereka.
Teaching Method(s)
Dalam pengajaran, saya menekankan penggunaan teknologi secara efektif bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan menarik. Saya gemar menggunakan bahan bantu mengajar digital seperti infografik yang ringkas, menarik dan mudah difahami untuk membantu murid memahami konsep dengan lebih jelas, terutamanya bagi mata pelajaran seperti Sains dan Geografi. Selain itu, saya turut memanfaatkan pelbagai platform digital seperti video interaktif, kuiz dalam talian dan aplikasi pendidikan bagi meningkatkan penglibatan murid serta mempelbagaikan gaya pembelajaran. Saya percaya bahawa integrasi teknologi bukan sahaja dapat menjadikan pengajaran lebih menyeronokkan, tetapi juga membantu murid menguasai ilmu dengan cara yang lebih berkesan
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Geografi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Adobe Illustrator
Darjah 4 Darjah 5 Asas (Basic)
Seni Bina
Tingkatan 4 Tingkatan 5