Profile Picture

Nureen Zuhairatul *******

Sarjana Muda - Sains biologi

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Ongoing Study)

Gelugor, Pulau Pinang

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Salam kenal,
Saya Haira, merupakan pelajar tahun dua di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) bagi kursus sains biologi gunaan. Saya berkemampuan untuk melatih dan mendidik kanak-kanak dan remaja sekolah dari peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah dalam pelbagai subjek antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Biologi, Fizik dan Kimia. Saya merupakan lepasan dari Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis dalam bidang sains tulen. Seterusnya, saya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Kelantan dalam bidang sains hayat.

Saya mempunyai pelbagai kemahiran khusus antaranya :
1. Saya mampu menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang mudah difahami serta sesuai mengikut tahap kefahaman pelajar. Saya menggunakan contoh harian, teknik peta minda dan soalan berperingkat untuk memastikan pelajar benar-benar faham.
2. Saya pernah membantu rakan sekelas dan adik saya dalam subjek seperti Matematik dan Sains, dan mereka menunjukkan peningkatan ketara dalam markah peperiksaan mereka. Ini memberi keyakinan kepada saya bahawa pendekatan saya berkesan.
3. Saya seorang yang sangat sabar dan memahami bahawa setiap pelajar mempunyai kadar pembelajaran yang berbeza. Saya tidak akan memaksa pelajar, sebaliknya memberi dorongan agar mereka belajar dalam keadaan selesa dan tanpa tekanan.
4. Saya mahir menggunakan platform pembelajaran seperti Google Meet, Zoom, PowerPoint serta Quizizz untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik, interaktif dan mudah diakses dari rumah. Saya menyediakan nota ringkas, berwarna dan berfokus serta latihan tambahan yang disusun berdasarkan topik-topik penting dalam silibus. Ini membantu pelajar mengulang kaji dengan lebih sistematik.

Sekiranya tuan/puan berminat untuk mendapatkan tutor berdedikasi untuk anak, saya sedia membantu.

Terima kasih atas perhatian dan kepercayaan tuan/puan.
Teaching Method(s)
1. Saya menggunakan pelbagai teknik pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan seperti kuiz mini, permainan pembelajaran (quizizz, kahoot), penggunaan peta minda berwarna, serta bahan visual seperti gambar, carta dan video pendek. Saya juga memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya dan berbincang secara terbuka supaya mereka lebih aktif dalam kelas.
2. Saya mengamalkan pendekatan mengikut tahap pelajar bermula dengan asas, kemudian perlahan-lahan tingkatkan tahap kesukaran. Saya akan beri contoh mudah dahulu, kemudian baru ke soalan latihan sebenar. Selepas setiap topik, saya akan buat ulangkaji ringkas serta kuiz pengukuhan untuk pastikan pelajar betul-betul faham. Saya juga kerap bertanya dan memberi peluang pelajar untuk menerangkan semula dengan kata-kata mereka sendiri.
3. Saya ajar pelajar teknik menjawab soalan berdasarkan kata kunci penting dalam soalan, penggunaan teknik "keyword spotting", serta cara mengenal pasti format soalan lazim dalam peperiksaan. Saya juga sediakan latihan topikal dan soalan ramalan, serta tips pengurusan masa ketika menjawab kertas peperiksaan. Untuk subjek fakta, saya guna teknik akronim, peta minda, dan latihan ulangan (repetition technique).
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 5 KAFA - Darjah 6 Mengaji Asas (Basic)
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Islam
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Arab
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sejarah
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Kelas Agama
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Biologi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Kimia
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pidato
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Prasekolah - 3M
Tadika
Fizik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5