Profile Picture

Nik Nur *******

Sarjana Muda - Accountancy

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Ongoing Study)

Ketereh, Kelantan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan penuntut ijazah dalam bidang Perakaunan dan telah menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang yang sama di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pengajaran dan bersemangat untuk berkongsi ilmu, terutamanya dalam subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik dan Prinsip Perakaunan.

InsyaAllah, selepas menamatkan pengajian ijazah, saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) bagi memperkukuh kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan. Dengan peluang menjadi tutor ini, saya berharap dapat mengasah lagi minat dan bakat saya dalam bidang pengajaran serta memberi manfaat yang maksimum kepada pelajar.

Jadikan saya tutor anda !
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran, saya mengutamakan dua perkara utama: memastikan pelajar berasa selesa dan membantu mereka memahami sesuatu topik dengan mendalam, bukan sekadar menghafal.

Saya percaya bahawa apabila pelajar selesa dengan guru, mereka akan lebih terbuka untuk bertanya dan berinteraksi tanpa rasa takut. Suasana pembelajaran yang tenang, sopan dan mesra dapat membantu pelajar membina keyakinan diri serta minat terhadap subjek yang dipelajari.

Selain itu, pendekatan saya lebih menekankan pemahaman berbanding hafalan. Saya akan cuba sedaya upaya membantu pelajar faham sesuatu konsep, bukan hanya dengan memberi latihan atau tugasan semata-mata, tetapi dengan menerangkan semula menggunakan pelbagai kaedah. Saya akan kenal pasti bahagian yang pelajar tidak faham, dan cari cara penyampaian yang sesuai dengan gaya pembelajaran mereka.

Saya percaya bahawa setiap pelajar berbeza, dan pendekatan pengajaran perlu disesuaikan agar mereka bukan sahaja faham, tetapi juga seronok untuk belajar.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6