Profile Picture

Arij Adnin *******

Sarjana Muda - TESL

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Teluk Intan, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Arij Adnin binti Mohd Nuraiman Naqiuddin dan saya lebih gemar dikenali sebagai Cikgu Arij. Saya kini merupakan pelajar tahun 1 Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk peringkat sekolah rendah. Saya seorang yang mudah didekati dan sentiasa memberikan galakan positif dalam usaha membina keyakinan diri dan semangat pelajar. Selain itu, saya telah memperoleh pengalaman mengajar sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah, termasuk mengendalikan subjek seperti Jawi dan Al-Quran. Saya komited untuk membantu pelajar memahami sesuatu subjek dengan lebih jelas dan berkesan melalui pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan pelajar.
Teaching Method(s)
Dalam sesi PdP, saya lebih gemar menggunakan pendekatan yang berpusatkan pelajar supaya pelajar sentiasa melibatkan diri di dalam aktiviti kelas. Selain itu, saya juga sering melakukan aktiviti berunsur gamifikasi seperti permainan kuiz atau permainan kata bagi mengasah minda pelajar dan juga mengelakkan pembelajaran menjadi suram dan bosan. Bagi subjek agama, saya lebih menekankan pembelajaran secara interaktif, di mana komunikasi dua hala yang efektif amat diperlukan. Saya percaya bahawa pembelajaran yang bermakna berlaku apabila pelajar melibatkan diri dengan lebih aktif di dalam sesi pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2
Jawi
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Mengaji - Al-Quran
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa