Profile Picture

Siti Nurlina *******

Sarjana Muda - SAINS PERTANIAN (HORTIKULTUR & LANDSKAP)

Universiti Malaysia Sabah (Sandakan) (Graduated)

Pelabuhan Klang, Selangor

Tutor Training

Training Motivation In Education

Training Online Class Preparation

Verified Profile

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Siti Nurlina, atau lebih mesra dipanggil Cikgu Lina oleh pelajar serta ibu bapa. Saya telah berkecimpung dalam dunia pendidikan sejak tahun 2018, bermula sebagai tutor secara one-to-one di rumah pelajar sebelum berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah swasta di Johor dari akhir 2018 hingga 2024.

Saya lebih cenderung mengajar murid sekolah rendah, namun turut mempunyai pengalaman mengajar pelajar sekolah menengah. Subjek utama yang saya ajar ialah Matematik dan Sains, manakala Bahasa Melayu dan Reka Bentuk dan Teknologi merupakan subjek tambahan yang saya kendalikan dari semasa ke semasa.

Sebagai tutor, saya mengutamakan pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan, terutamanya dalam kelas online. Saya mahir menggunakan pelbagai teknologi pengajaran seperti Zoom, Google Meet, Goodnotes, dan Tablet bagi memudahkan penerangan konsep terutamanya dalam matapelajaran Matematik. Untuk subjek Sains, saya menggunakan bahan visual seperti video dan grafik PowerPoint bagi menarik minat murid serta mengekalkan fokus mereka. Saya juga menggunakan platform seperti Quizizz untuk membuat penilaian yang menyeronokkan dan interaktif.

Pendekatan saya dalam pengajaran juga mesra pelajar iaitu saya gemar memberi ganjaran seperti pelekat dan hadiah kecil kepada murid yang menyiapkan tugasan, selain pujian dan penghargaan bagi mereka yang aktif semasa kelas online.

Antara pencapaian terbaik saya ialah berjaya menamatkan pengajian Diploma Pascasiswazah dalam bidang pendidikan di IPG sambil berkhidmat sebagai guru. Ini merupakan usaha saya untuk memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam profesion ini, dengan hasrat menyumbang kepada pembangunan institusi pendidikan di Malaysia.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran, saya mengutamakan pendekatan yang menyeronokkan, interaktif dan mesra pelajar. Bagi menarik minat dan memastikan kefahaman murid, saya sering menggunakan bahan bantu mengajar seperti video, grafik PowerPoint, serta aplikasi digital yang sesuai mengikut tahap umur dan subjek. Bagi subjek Matematik, saya menggunakan Goodnotes bersama Apple Pencil untuk menunjukkan langkah demi langkah penyelesaian soalan dengan jelas, terutamanya dalam kelas online.

Saya juga gemar menggunakan teknik "visual learning" terutamanya dalam subjek Sains, kerana ia membantu murid memahami konsep yang abstrak melalui gambar, animasi atau eksperimen maya. Untuk menggalakkan penglibatan aktif, saya gunakan platform seperti Quizizz di akhir kelas sebagai penilaian berbentuk permainan.

Dari segi strategi untuk skor dengan baik, saya menekankan teknik menjawab soalan berpandukan kata kunci, pengurusan masa ketika menjawab soalan, serta latihan yang konsisten mengikut format peperiksaan sebenar. Saya juga memberi nota ringkas, peta minda dan latihan bertahap (daripada mudah ke sukar) agar murid lebih bersedia dan yakin dalam setiap ujian atau peperiksaan.

Pendekatan saya sentiasa berpusatkan pelajar, dengan fokus untuk membina keyakinan diri mereka sambil mengekalkan suasana pembelajaran yang positif dan menyeronokkan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5