Profile Picture

Muhammad Irfan *******

Diploma / Stpm - KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)

Politeknik Ungku Omar (Graduated)

Ipoh, Perak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Muhammad Irfan Danial, seorang tutor berdedikasi yang komited membantu pelajar mencapai potensi penuh mereka dalam Matematik, Sains dan Bahasa Melayu. Saya faham cabaran yang dihadapi pelajar dan sentiasa mencari cara paling efektif dan menyeronokkan untuk memudahkan pembelajaran.

Saya percaya setiap pelajar unik dan saya sentiasa menyesuaikan pendekatan mengajar supaya sesuai dengan gaya belajar mereka. Sama ada anda mahu naikkan gred peperiksaan, kuasai konsep asas, atau bersedia untuk ujian penting, saya di sini untuk bantu anda capai matlamat tersebut dengan yakin.

Di sesi pembelajaran saya, anda akan dapat:
1) Latihan praktikal mengikut tahap anda
2)Tips belajar dan strategi menjawab soalan peperiksaan
3)Perbincangan interaktif supaya anda lebih yakin dan minat belajar
Teaching Method(s)
1)Pendekatan Personalize
- Saya percaya setiap pelajar ada cara belajar yang berbeza. Jadi, saya akan kenal pasti kekuatan dan kelemahan anda dahulu supaya sesi pembelajaran boleh disesuaikan mengikut keperluan dan tahap kefahaman anda.

2)Konsep Mudah & Praktikal
-Saya mengajar dengan cara yang mudah difahami, menggunakan contoh-contoh praktikal dan situasi harian supaya konsep yang kompleks jadi lebih jelas dan relevan.

3)Interaktif & Aktif
Pembelajaran tidak sekadar dengar dan tulis. Saya galakkan pelajar bertanya, berdiskusi, dan buat latihan supaya minda sentiasa aktif dan ilmu lebih melekat.

4) Latihan Berfokus
Setiap sesi akan diselitkan latihan dan kuiz pendek untuk mengukuhkan kefahaman serta membina keyakinan menjawab soalan peperiksaan.

5)Penggunaan Teknologi & Sumber Multimedia
-Saya gunakan video, slide, dan bahan digital lain untuk buat pembelajaran lebih menarik dan mudah diingati.

6) Sokongan Berterusan
Selain kelas, saya sentiasa bersedia untuk membantu anda jawab soalan atau beri tips belajar melalui chat supaya pembelajaran berterusan walaupun di luar waktu kelas.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6