Profile Picture

Nur Aisyah

Sarjana Muda - Bahasa Melayu Pendidikan Sekolah Rendah

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Pendang, Kedah

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Cikgu Aisyah. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama lebih kurang 3 hingga 4 bulan ketika menjalani praktikum di Institut Pendidikan Guru (IPG). Sepanjang tempoh praktikum tersebut, saya mengajar di sekolah rendah, khususnya murid tahap dua. Subjek utama yang saya ajar ialah Bahasa Melayu, manakala subjek tambahan yang turut saya kendalikan termasuk Pendidikan Islam bagi tahap rendah. Saya juga memiliki beberapa kemahiran khusus dalam pengajaran seperti penulisan karangan kreatif, pembelajaran abad ke-21, serta penggunaan alat bantu mengajar digital seperti PowerPoint, Minecraft Education, Wordwall dan Quizizz bagi menarik minat murid. Selain itu, saya berkemahiran dalam menyediakan RPH dan menjalankan pelaporan PBD secara sistematik. Antara kejayaan terbaik saya ialah apabila saya berjaya mendapat anugerah Pelajar Terbaik SPM Sekolah bagi tahun 2020 dan mendapat anugerah bintang harapan IPGM 2022.
Teaching Method(s)
Saya suka menerapkan pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning) seperti kuiz interaktif menggunakan Kahoot dan Wordwall, serta video dan bahan visual untuk menarik minat dan fokus murid semasa sesi pengajaran. Pendekatan ini membantu merangsang pemikiran dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Saya juga menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif melalui aktiviti berkumpulan dan perbincangan, agar murid lebih aktif, berani menyuarakan pendapat, dan membina keyakinan diri. Dalam memastikan murid benar-benar memahami isi pelajaran, saya akan memberikan penerangan langkah demi langkah, diikuti contoh mudah dan latihan pengukuhan secara berfasa. Untuk membantu murid skor dengan baik, saya menekankan penguasaan teknik menjawab soalan berdasarkan kata tugas, latihan format peperiksaan sebenar, serta menyediakan nota ringkas yang berstruktur seperti peta minda dan teknik sorotan isi penting. Secara keseluruhan, saya sentiasa menerapkan pendekatan PAK21 dalam pengajaran supaya pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 6 Darjah 5
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 6