Profile Picture

Sudeshna Subramaniam

- Diploma in business administration

UNITAR International University (Graduated)

Rawang, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Cikgu Deshna. Saya mempunyai 1 tahun lebih pengalaman mengajar.Saya mengajar di sekolah rendah, darjah 1 sampai darjah 6 dan juga pelajar prasekolah.Subjek utama yang saya ajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.Saya juga berpengalaman mengajar subjek tambahan seperti pendidikan seni visual.Antara kemahiran khusus saya termasuk adalah kemahiran mengendalikan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Teknologi (PdPc Digital), kemahiran komunikasi berkesan dengan murid, ibu bapa dan rakan guru, mempunyai kepakaran dalam penyediaan bahan bantu mengajar interaktif seperti kuiz dalam talian dan video pembelajaran dan pengurusan kelas yang efektif dan keupayaan untuk menyesuaikan pendekatan mengikut tahap pembelajaran murid.Kejayaan terbaik saya ialah apabila murid bimbingan saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Akhir Sesi Akademik, khususnya pelajar lemah yang menunjukkan peningkatan mendadak.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan beberapa teknik menarik dalam pembelajaran bagi memastikan murid lebih fokus dan bermotivasi, antaranya adalah pembelajaran Berasaskan Permainan (Game-Based Learning): Menggunakan kuiz dalam talian seperti Kahoot!, Wordwall, dan Quizizz untuk menguji kefahaman pelajar secara interaktif,pembelajaran Kolaboratif: Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk menyelesaikan tugasan atau projek secara bersama, menggalakkan kerjasama dan komunikasi,penggunaan Bahan Visual dan Audio: Saya sering menggunakan video pendek, grafik dan animasi untuk membantu murid memahami topik abstrak,pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-Based Learning): Murid diberikan situasi dunia sebenar untuk diselesaikan dengan kemahiran berfikir aras tinggi, stesen Pembelajaran: Menggunakan aktiviti berbeza di beberapa stesen dalam kelas agar murid bergerak aktif dan tidak mudah bosan.

Subject
Subject School Level
Financial Accounting and Reporting
Universiti - Diploma