Profile Picture

Fatihah Binti *******

Sarjana Muda - Syariah Islam

Universiti Al-Azhar, Mesir (Graduated)

Johor Bahru, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama Panggilan : Cikgu Tya
Saya berpengalaman mengajar KAFA di sekolah agama Negeri Johor selama 2 tahun. Manakala, telah praktikum di SMK selama 3 bulan bagi subjek Pendidikan Islam (Tingkatan 1 & 2). Saya juga pernah menjadi sebahagian tenaga pengajar Kelas Jawi & kelas Mengaji di sekolah agama Negeri Johor (dalam kumpulan). Saya juga pernah menjadi Tunas Guru - Bahasa Arab sewaktu saya berada di sekolah menengah bagi membantu rakan-rakan dalam mata pelajaran tersebut.

Subjek utama saya adalah Pendidikan Islam, namun saya juga mempunyai kepakaran dalam subjek Bahasa Arab. Saya juga boleh bantu dalam membimbing untuk menghafaz surah-surah pilihan dalam Al-Quran.

Kemahiran & kepakaran saya mampu menghasilkan nota yang menarik dan aktiviti-aktiviti pembelajaran secara interaktif yang dapat membantu menarik minat pelajar dalam pelajaran.
Teaching Method(s)
Teknik pembelajaran yang saya gunakan adalah dengan menggabungkan belajar sambil bermain seperti kuiz interaktif, wordwall, quizizz dll. Pelajar dapat belajar dengan santai & lebih aktif.

Bagi subjek hafazan & kosa kata arab, saya guna teknik Chunking, iaitu hafaz mengikut pecahan dalam waktu tertentu, (terutamanya surah yang mengandungi ayat yang panjang). 1 hari hanya 2-5 ayat hafazan baru & ulangan, & 1 hari 3 kosa kata arab. Token reward (online) akan diberikan kepada murid yang telah berjaya.

Saya juga mengutamakan pendekatan berpusatkan murid di mana murid diberi peluang untuk menyatakan pendapat @ berani mencuba menyelesaikan soalan dalam setiap aktiviti pembelajaran tersebut.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Arab
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Asas (Basic) KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 5 KAFA - Darjah 6
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Hafazan
KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 5 KAFA - Darjah 6 Asas (Basic)