Profile Picture

Nuri Masturina *******

Sarjana Muda - Teaching in Primary Education

Open University Malaysia (Ongoing Study)

Ampang, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai, saya Nuri! Saya seorang tutor yang bersemangat dalam bidang pendidikan dengan pengalaman mengajar sejak 2018 melalui kelas tuisyen serta praktikum selama tiga bulan di SK Taman Maluri, baru-baru ini. Subjek utama yang saya ajar ialah Sains, selain itu saya juga mengajar Matematik untuk murid sekolah rendah. Saya percaya setiap murid mempunyai potensi tersendiri dan dengan pendekatan yang sabar, kreatif, dan menyeronokkan, mereka mampu mencapai hasil terbaik. Selain akademik, saya juga berpengalaman melatih pasukan kawad kaki TKRS yang membantu membina disiplin, keyakinan, dan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Saya komited untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang positif serta membantu murid mencapai kejayaan mereka.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pembelajaran, saya menggunakan pelbagai teknik menarik seperti aktiviti interaktif, soalan kuiz ringkas, dan latihan berasaskan permainan supaya pelajar lebih seronok belajar. Saya juga menggunakan contoh situasi harian untuk memudahkan pelajar memahami konsep abstrak, terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Untuk memastikan pelajar benar-benar faham, saya menerapkan pendekatan “step by step” – bermula daripada asas sebelum bergerak ke tahap yang lebih sukar, serta memberi ruang kepada pelajar bertanya dan mengulangkaji bersama. Saya percaya pembelajaran yang sabar dan konsisten akan membina keyakinan mereka.
Selain itu, saya mengajar pelajar teknik menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan, termasuk cara mengurus masa, mengenal pasti kata kunci soalan, dan menulis jawapan yang padat serta menepati kehendak pemeriksa. Dengan teknik ini, pelajar bukan sahaja memahami ilmu, tetapi juga mampu skor dengan baik dalam peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Mengaji - Al-Quran
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Mengaji