Profile Picture

Irfan Zameri

Sarjana(master) - Aerospace Engineering

University of Manchester (Graduated)

Kajang, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Irfan. Saya mempunyai pengalaman selama dua tahun dalam bidang pengajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah. Antara subjek utama yang saya ajar termasuk Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris. Selain itu, saya juga berkemahiran dalam mengajar membaca serta mengaji al-Quran/Iqra’ untuk semua peringkat.

Saya merupakan seorang jurutera aeroangkasa yang mahir dalam asas-asas kejuruteraan. Berlatarkan pendidikan Tahfiz semasa di sekolah menengah, saya turut menguasai subjek Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah. Saya juga pernah berkhidmat sebagai guru sambilan bagi subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu di Sekolah Malaysia, United Kingdom, ketika bergelar mahasiswa dahulu.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik-teknik yang berbeza mengikut subjek yang diajar.
Bagi subjek seperti Matematik dan Bahasa Inggeris, saya gunakan kuiz interaktif, permainan papan atau digital untuk mengukuhkan pemahaman. Saya juga menggunakan alat bantu visual seperti grafik, carta, dan simulasi ringkas untuk menjelaskan konsep sukar, khususnya dalam subjek Fizik.

Aspek penceritaan atau analogi harian untuk menerangkan konsep abstrak juga merupakan salah satu bentuk mengajar yang saya gunakan, termasuklah penggunaan aplikasi seperti Kahoot!, Quizizz dan Padlet bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik serta membolehkan pelajar terlibat secara aktif.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Asas (Basic)
Matematik
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran
KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 5 KAFA - Darjah 6 Mengaji Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2