Profile Picture

Nur Arissa *******

Diploma / Stpm - Foundation of Physical Sciences

Universiti Malaya (Petaling Jaya) (Graduated)

Rawang, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan saya ialah Arissa. Saya seorang pelajar yang sangat berminat dalam bidang matematik dan pengajaran. Walaupun saya masih dalam pengajian, saya telah beberapa kali terlibat sebagai fasilitator dan mentor kepada rakan-rakan dalam subjek Matematik dan Sains. Saya merupakan seorang mentor yang dilantik oleh guru-guru bagi membantu rakan-rakan saya dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik ketika saya bersekolah di MRSM Taiping. Sebagai ketua mentor mata pelajaran matematik di dalam kelas saya, saya telah berjaya membantu kesemua 23 orang ahli kelas saya skor gred A bagi peperiksaan SPM 2023. Saya mungkin tidak mempunyai kelebihan yang banyak seperti orang lain yang telah menerima ijazah, tetapi saya agak berpengalaman dengan silibus pembelajaran terkini kerana saya merupakan seorang pelajar SPM 2023 yang menggunakan silibus sama seperti yang digunakan sekarang iaitu KSSM.
Teaching Method(s)
Saya suka menggunakan teknik pembelajaran yang interaktif dan visual. Antaranya ialah penggunaan kuiz dalam talian, lukisan gambar rajah dan juga penerangan konsep melalui analogi kehidupan sebenar. Saya juga suka mengaitkan konsep pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning) bagi memastikan pelajar memahami konsep secara mendalam, bukan sekadar menghafal. Untuk perkara-perkara yang perlu dihafal, saya akan mencipta akronim atau cara lain yang memudahkan pelajar untuk mengingat seperti lagu pendek.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3