Profile Picture

Stephanie Valarie *******

- Diploma Science

Universiti Teknologi MARA (Samarahan 2) (Graduated)

Kota Samarahan, Sarawak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai.Saya Stephanie, mesra dipanggil Steph, seorang graduan UiTM Samarahan 2 dalam bidang Sains dengan CGPA 3.11. Walaupun saya belum mempunyai pengalaman formal sebagai tutor, saya pernah bekerja sebagai pembantu prasekolah selama 3 bulan dan ini memberi saya pendedahan dalam membimbing dan memahami keperluan pembelajaran kanak-kanak. Saya seorang yang sabar, bertanggungjawab dan komited untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka dalam suasana pembelajaran yang santai dan menyeronokkan. Saya terbuka untuk mengajar subjek asas sekolah rendah dan menengah rendah secara dalam talian, serta membantu dengan kerja rumah dan persediaan peperiksaan.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran saya, saya akan menggunakan pendekatan yang fleksibel dan mengikut tahap pemahaman pelajar. Saya suka memulakan dengan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar terlebih dahulu, supaya saya boleh menyesuaikan cara penyampaian mengikut keperluan mereka. Saya akan menggunakan bahan bantu visual seperti nota ringkas, video pendek, latihan interaktif dan soalan latih tubi bagi memastikan pelajar lebih mudah faham dan tidak cepat bosan. Saya juga galakkan komunikasi dua hala supaya pelajar berasa selesa untuk bertanya dan berkongsi pendapat. Matlamat saya adalah untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok, mudah difahami dan memberi kesan jangka panjang kepada prestasi mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6