Profile Picture

Nurul Farzana *******

Sarjana Muda - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (SOFTWARE ENGINEERING) WITH HONOURS

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Graduated)

Masai, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hi! Saya Teacher Zana, cikgu tuisyen freelancer sejak tahun 2022. Saya berpengalaman ajar Matematik sekolah rendah & menengah, Sains sekolah rendah, dan juga kelas asas 3M untuk pra sekolah. Saya minat mengajar dan suka sesuaikan cara penyampaian ikut tahap pelajar. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian, dan mempunyai pencapaian akademik seperti Anugerah Dekan dan Tokoh Pelajar Mithali semasa pengajian.
Teaching Method(s)
Pendekatan yang saya terapkan dalam pembelajaran ialah menggunakan kaedah berasaskan konsep dan latihan berperingkat, supaya pelajar betul-betul faham, bukan sekadar menghafal. Saya juga menggunakan teknik visual aid seperti gambar, ilustrasi, contoh situasi harian, dan kaedah mudah ingat formula.

Dalam subjek Matematik, saya fokus kepada langkah penyelesaian yang sistematik serta ulangkaji melalui latih tubi soalan KBAT dan format sebenar. Bagi Sains, saya suka gunakan nota bergambar dan video pendek untuk bantu pelajar kaitkan teori dengan dunia sebenar.

Untuk bantu pelajar skor, saya ajar teknik seperti pengurusan masa ketika menjawab soalan, teknik kenal pasti keyword, dan analisis jawapan betul dan salah, agar mereka lebih bersedia menghadapi ujian.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6