Profile Picture

Nur Afiqah *******

Sarjana Muda - Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Bandar Puncak Alam, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya dikenali dengan panggilan mesra Cikgu Afiqah atau Cikgu Fiqa. Saya merupakan siswazah jurusan Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional dari UiTM Shah Alam dan mempunyai pengalaman 3 tahun dalam bidang pengajaran. Sepanjang kerjaya, saya telah mengajar murida-murid di peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah, khususnya dalam Bahasa Melayu (IGCSE Malay Foreign Language). Selain itu, sebagai siswazah jurusan Bahasa Inggeris, saya juga berupaya mengajar Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah. Saya juga pemegang Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Antara kekuatan saya adalah menggunakan bahan bantu mengajar visual, melaksanakan aktiviti berkumpulan yang interaktif, dan membina keyakinan pelajar untuk bertutur serta memahami konsep dengan lebih mudah.
Teaching Method(s)
Dalam pengajaran, saya mengutamakan teknik yang menarik seperti penggunaan gambar, video, kad imbas dan permainan bahasa untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Saya sering mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian pelajar supaya mereka lebih mudah memahami dan mengingatinya. Pendekatan saya adalah secara berperingkat, daripada asas ke tahap lebih kompleks, serta melalui latihan berstruktur mengikut tahap kemampuan pelajar. Untuk membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang, saya memberi fokus kepada latihan berformat peperiksaan, teknik menjawab soalan, serta kaedah membuat nota ringkas dan peta minda sebagai persediaan.
Rating & Review

Puan Nooraf’idah Binti Kasran

Membaca B. Melayu

Very good

Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Bahasa Melayu
Cambridge - Tahun 1 Cambridge - Tahun 2 Cambridge - Tahun 3 Cambridge - Tahun 7 Cambridge - Tahun 8 Cambridge - Tahun 9
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Prasekolah - 3M
Tadika