Profile Picture

Muhammad Naim *******

Sarjana Muda - BAHASA MELAYU (SK)

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Ipoh, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Rendah

Training PKSK & UKKM

Training Motivation In Education

Training Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya dikenali dengan panggilan mesra Cikgu Naim, seorang guru lepasan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dalam bidang Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. Saya mempunyai pengalaman mengajar di sekolah rendah selama enam bulan dengan dua fasa praktikum serta satu fasa internship di Perlis, melibatkan subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Selain daripada pengajaran, saya juga aktif dalam pembentangan kajian, program komuniti dan inovasi pendidikan dengan pencapaian tertinggi meraih Anugerah Emas dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Kemahiran saya merangkumi penguasaan tinggi dalam Bahasa Melayu, kemahiran komputer seperti MS Word dan PowerPoint serta kebolehan menghasilkan penulisan kreatif seperti sajak yang telah memenangi beberapa anugerah. Kejayaan terbaik saya setakat ini ialah memenangi tempat pertama Sayembara Penulisan Sajak Masyarakat Madani 2023 serta terlibat aktif dalam inovasi pendidikan bertaraf antarabangsa. Kini, saya bekerja separuh masa sebagai tenaga pengajar pada setiap hari Sabtu di Pusat Tuisyen di Ipoh, Perak sementara menunggu surat penempatan ke sekolah.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran, saya gemar menerapkan teknik pembelajaran aktif seperti penggunaan lagu, permainan bahasa dan pendekatan berasaskan inovasi agar murid lebih terlibat dan seronok belajar. Saya menggunakan pendekatan didik hibur, konstruktivisme dan kontekstual untuk mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar agar murid lebih mudah memahami. Untuk membantu murid mencapai pencapaian dengan lebih baik, saya menekankan teknik menjawab soalan menggunakan peta pemikiran, latihan berfokus dan kaedah formula mudah seperti "5W1H" bagi karangan dan "SKOP" (Subjek, Kata Kerja, Objek dan Penerangan) bagi struktur membina ayat mudah agar murid dapat menyusun isi dengan lebih kemas dan tepat.
Rating & Review

Nursyafina Daniel

Bahasa Melayu

Very dedicated. I can see my child have a good participation during the session. Tutor is very good in handling the class.

Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6