Profile Picture

Nur Syahidah *******

Sarjana(master) - SYARIAH

Universiti Sains Islam Malaysia (Ongoing Study)

Nilai, Negeri Sembilan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan saya ialah Syahidah.

Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 2 tahun, iaitu setahun mengajar Bahasa Arab di pusat tahfiz dan setahun mengajar Iqra dan al-Quran secara online bagi peringkat umur antara 9 tahun hingga 35 tahun.

Subjek utama yang saya ajar ialah Bahasa Arab, manakala subjek tambahan termasuk KAFA, asas Fardhu Ain, dan subjek yang berkaitan dengan Syariah.

Saya mempunyai kemahiran dalam merancang pembelajaran secara sistematik dan kreatif mengikut tahap keupayaan pelajar. Saya juga mahir menggunakan alat teknologi seperti Zoom, Microsoft, Google Classroom, Canva, dan PowerPoint bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Selain itu, saya mampu berkomunikasi dengan baik dan membina hubungan positif dengan pelajar serta rakan sekerja.

Pencapaian terbaik saya ialah apabila pelajar yang saya bimbing berjaya menunjukkan peningkatan yang ketara dalam prestasi pelajarannya. Saya juga pernah diberi kepercayaan untuk mengendalikan kelas mengajar kitab al-Risalah al-Jami'ah (kitab arab menerangkan perihal ibadat solat, puasa, haji, zakat, akidah dan tasawwuf). Bagi saya, melihat pelajar berjaya dan bermotivasi adalah kejayaan paling bermakna.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik pembelajaran interaktif seperti kuiz, perbincangan, dan soal jawab.
Pendekatan saya ketika mengajar adalah dengan menekankan pemahaman konsep melalui penerangan yang sistematik, latihan berperingkat, dan pembelajaran kontekstual.
Untuk membantu pelajar skor dengan baik, saya fokus kepada teknik menjawab soalan, dan ulang kaji berfokus.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Bahasa Melayu
Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Bahasa Arab
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Turath Dirasat Al-Islamiah
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Syariah Islamiah
Tingkatan 1
Asas Fardhu Ain
Darjah 6 Darjah 1 Darjah 3 Tadika Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2
KAFA
KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 6 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 5