Profile Picture

Jaemah Binti *******

Sarjana Muda - Tahfiz Al-Quran dan Qiraat

Universiti Al-Azhar, Mesir (Ongoing Study)

Tawau, Sabah

Tutor Training

Verified Profile

Training Bahasa Arab Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Ustazah Jaemah. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahun kepada kanak-kanak dalam kelas mengaji di taman perumahan. Lebih kurang dalam 15-20 orang pelajar. Saya juga pernah menyertai program di bawah Persatuan Mahasiswa Tahfiz (PERMATA) selama setahun, yang memberi tumpuan kepada pendidikan kelas mengaji dan fardhu ain untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Selain itu, saya pernah terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat, termasuk mengajar kanak-kanak cara berwuduk dan solat, serta menyantuni warga emas dalam program komuniti. Saya juga berpengalaman mengajar secara tidak formal kepada anak jiran dan anak buah.

Saya mahir dalam subjek Pendidikan Agama Islam, Matematik, dan Bahasa Arab. Kekuatan saya ialah sikap penyabar, mesra dengan kanak-kanak, serta kreatif dalam menarik minat pelajar. Saya juga menguasai penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar, seperti Kahoots dan kuiz interaktif.

Kejayaan paling membanggakan saya ialah apabila pelajar yang saya bimbing menunjukkan peningkatan dalam markah serta keyakinan dalam pembelajaran dan juga tidak pernah jemu untuk bertanya soalan.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan seperti permainan digital (Kahoots) dan nyanyian, terutama bagi membantu pelajar menghafal dan memahami isi penting dalam pelajaran agama dan Bahasa Arab.

Setiap sesi pembelajaran dimulakan dengan 10 minit pertama untuk 'refresh' pelajaran sebelumnya, bagi mengukuhkan ingatan dan sambung dengan topik baru secara lebih lancar. Saya juga memberi latihan berperingkat dan soalan spontan untuk menguji kefahaman pelajar secara langsung.

Walaupun saya belum menetapkan teknik skor secara formal, saya sedang membangunkan pendekatan terbaik agar pelajar bukan hanya faham, tetapi juga dapat menjawab soalan peperiksaan dengan yakin dan tepat.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Mengaji Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Bahasa Arab
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Hifz Al-Quran
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Jawi
Darjah 1 Tadika Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Hafazan
Darjah 1 Tadika Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Tajwid
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa STPM - Tingkatan 6 Universiti - Diploma Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Mengaji - Al-Quran
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Adab dan Sirah
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Al-Quran (UPKK)
Darjah 5 Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4