Profile Picture

Asna Adilia

Diploma / Stpm - DIPLOMA PERBANKAN

Universiti Teknologi MARA (Segamat) (Ongoing Study)

Sungai Buloh, Selangor

Tutor Training

Training PKSK & UKKM

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Asna.

Saya masih belum mempunyai pengalaman formal dalam bidang pengajaran, namun saya sering membantu rakan-rakan dalam pelajaran, khususnya dalam subjek yang saya kuasai seperti Bahasa Melayu. Minat yang mendalam untuk berkongsi ilmu serta semangat ingin melihat orang lain berjaya menjadi motivasi utama saya untuk mula mengajar secara dalam talian.

Antara kejayaan terbaik yang pernah saya capai termasuklah pelantikan saya sebagai Ketua Pelajar SMK Seri Kundang, selain memperoleh keputusan cemerlang 5A, 3B+ dan 1C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di peringkat universiti, saya telah diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha, Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor bagi sesi 2024/2025. Selain itu, saya juga berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Pidato Bahasa Melayu sempena Piala Naib Canselor Keusahawanan UiTM, satu pencapaian yang amat bermakna dalam perjalanan akademik dan kepimpinan saya.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pembelajaran, saya akan menerapkan pendekatan yang interaktif dan mesra pelajar. Saya percaya bahawa suasana pembelajaran yang menyeronokkan dapat meningkatkan pemahaman dan minat pelajar. Antara teknik yang akan saya gunakan termasuk:
1. Pembelajaran berbentuk perbualan dua hala. Dimana saya akan menggalakkan pelajar bertanya soalan dan berkongsi pendapat agar mereka lebih yakin dan aktif.
2. Penggunaan contoh yang dekat dengan kehidupan seharian pelajar kerana ini membantu pelajar lebih mudah faham dan mengaitkan ilmu dengan realiti.
3. Nota visual dan ringkas. Saya akan menyediakan peta minda atau infografik untuk membantu pelajar mengingati isi penting dengan lebih berkesan.
4. Kuiz santai atau permainan bahasa ringkas sebagai pengukuhan selepas sesi pembelajaran, bagi memastikan pemahaman dan menjadikan sesi lebih menyeronokkan.

Yang paling penting, saya akan menyesuaikan gaya pengajaran saya mengikut tahap pemahaman dan keperluan setiap pelajar agar mereka dapat belajar dengan selesa dan yakin.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6