Profile Picture

Amirah Khairunnisa *******

Sarjana(master) - Bimbingan dan Kaunseling

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Ongoing Study)

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama penuh saya ialah Amirah Khairunnisa binti Mohamad Adnan, dan Tuan/Puan boleh memanggil saya Cikgu Nisa atau Teacher Nisa. Buat masa ini, saya belum mempunyai pengalaman rasmi dalam bidang pengajaran di sekolah rendah atau menengah. Walau bagaimanapun, saya pernah diberi kepercayaan untuk menjadi fasilitator kepada pelajar Orang Asli, baik di sekolah mahupun di perkampungan mereka. Saya juga belum berpeluang untuk mengajar subjek-subjek utama atau subjek-subjek tambahan secara formal. Namun begitu, saya memiliki kemahiran khusus dalam menarik minat pelajar untuk belajar serta mampu memberikan motivasi kepada mereka, terutamanya kepada pelajar-pelajar daripada komuniti yang memerlukan sokongan moral dan akademik. Antara pengalaman paling bermakna dan kejayaan terbaik yang pernah saya capai ialah dapat menyumbang tenaga dan semangat dalam program pendidikan bersama pelajar Orang Asli, yang telah membuka mata saya tentang pentingnya pendidikan inklusif dan empati dalam mendidik generasi muda.
Teaching Method(s)
Antara teknik-teknik menarik yang saya akan terapkan dalam pembelajaran adalah teknik pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning) seperti kuiz dan Kahoot. Selain itu, penggunaan video dan visual termasuk animasi pendek, infografik dan video pendidikan untuk menjelaskan konsep dengan lebih mudah. Seterusnya, untuk memastikan setiap pelajar benar-benar faham, saya menggunakan pendekatan berikut. Yang pertama, pendekatan berpusatkan pelajar (student-centered learning) untuk memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya, berdiskusi dan meneroka. Selepas itu, penggunaan analogi atau cerita pendek bagi membantu pelajar membuat hubungan dengan kehidupan seharian dan yang terakhir, menggunakan peta minda dan nota ringkas untuk membantu pelajar mengingat maklumat secara visual. Akhir sekali, ini merupakan beberapa teknik belajar berkesan yang akan saya gunakan agar pelajar dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Pertama sekali, teknik menjawab soalan (exam strategies) seperti memahami kata tugas, menyusun jawapan dan mengurus masa semasa peperiksaan. Latihan berterusan (repetitive practice) dengan menggunakan soalan tahun lepas dan modul dan teknik ulangkaji aktif seperti flashcard, mind map dan kuiz.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Tadika
Membaca B. Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Tadika
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Tadika
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Tadika
Sejarah
Tingkatan 1