Profile Picture

Wan Amalin *******

- Tamhidi Syariah dan Undang Undang

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Kota Setar, Kedah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalammualaikum....
Saya merupakan pelajar lepasan Asasi Syariah dan Undang Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Saya sangat meminati bidang pendidikan dan suka membantu orang disekeliling saya dalam memahami pelajaran dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Saya juga berpengalaman dalam membimbing rakan sekelas dalam subjek subjek yang saya kuasai antaranya matematik , matematik tambahan , sejarah , pendidikan islam dan bahasa arab. Saya seorang yang penyabar , berdedikasi , berdisiplin dan bersemangat untuk memastikan pelajar mencapai potensi terbaik mereka. Saya percaya bahawa pembelajaran bukan sahaja tentang keputusan peperiksaan,tetapi membina keyakinan diri ,kemahiran berfikir dan semangat untuk terus belajar. Saya akan berusaha menjadi tutor yang bukan sekadar mengajar tetapi mampu menjadi penyokong dan pembimbing kepada pelajar saya.
Teaching Method(s)
Saya mengutamakan pendekatan yang fleksibel dan berpusatkan pelajar. Saya akan sesuaikan teknik pengajaran mengikut tahap kefahaman dan gaya pembelajaran pelajar. Saya suka menggunakan kaedah seperti latihan soalan , nota ringkas , peta minda dan sesi soal jawab interaktif untuk memastikan kefahaman pelajar berada pada tahap yang mmemuaskan. Saya juga akan beri tips menjawab soalan peperiksaan serta galakan untuk membina keyakinan diri.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 6 Tingkatan 1 Tadika
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1
Pendidikan Islam
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 6
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Al-Quran (UPKK)
Darjah 5