Profile Picture

Nur Syahirah *******

Sarjana(master) - Pentadbiran Korporat

Universiti Teknologi MARA (Seremban 3) (Graduated)

Kinta, Perak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya ialah Cikgu Syahirah. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama tiga tahun di peringkat sekolah menengah. Subjek utama yang saya ajar ialah Matematik Bahasa Melayu, manakala subjek tambahan yang pernah saya ajar ialah English. Saya mahir menggunakan pelbagai aplikasi digital dalam PdPc seperti Canva, dan PowerPoint interaktif untuk meningkatkan minat pelajar. Selain itu, saya berkemahiran dalam menyediakan bahan ulangkaji dan modul latihan mengikut aras pelajar. Kejayaan terbaik saya ialah apabila pelajar yang kurang minat Matematik berjaya meningkatkan markah daripada gagal kepada lulus dalam peperiksaan akhir tahun. Saya sentiasa berusaha untuk membina keyakinan dan memupuk minat pelajar terhadap subjek Matematik.
Teaching Method(s)
Dalam pengajaran saya, saya menggunakan pelbagai teknik yang menarik seperti pembelajaran berasaskan permainan (gamifikasi) menggunakan Kahoot dan Quizizz, penggunaan kad soalan bergerak, serta pembelajaran kolaboratif dalam kumpulan. Saya juga menerapkan pembelajaran berasaskan masalah (Problem-Based Learning, PBL) untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Untuk memastikan pelajar memahami ilmu yang diajar, saya akan menerangkan konsep dengan contoh yang mudah difahami, memberi latihan secara berperingkat daripada mudah kepada sukar, serta menggunakan pendekatan penyoalan aktif bagi memeriksa kefahaman mereka. Selain itu, saya mengajar pelajar teknik menjawab soalan mengikut kata tugas, memberi latihan latih tubi secara konsisten, dan mengajar cara membuat nota kata kunci bagi setiap tajuk penting untuk memudahkan ulangkaji dan membantu mereka mencapai skor yang lebih baik dalam peperiksaan.

Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 6 Darjah 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Inggeris