Profile Picture

Luqman Haqiem *******

Sarjana Muda - Sains Matematik

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Semenyih, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Asalamualaikum, nama saya Luqman Haqiem bin Mohamad Haqiem. Nama panggilan saya Luqman. Untuk pengalaman mengajar di peringkat sekolah menengah, saya sering kali menjadi mentor untuk beberapa subjek seperti subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Sains Tulen Saya juga ada pengalaman mengajar pelajar peringkat diploma untuk subjek matematik. Subjek utama atau major utama saya adalah Matematik Tulen. Subjek tambahan yang lain saya boleh ajar adalah Matematik Tambahan kerana saya pernah mempelajarinya dengan lebih mendalam pada semester yang lalu. Kemahiran khusus saya adalah dapat menyesuaikan formula dan soalan dengan cepat dan tepat. Kejayaan terbaik saya adalah memperoleh sijil daerah untuk program Kanggaroo Math ketika sekolah menengah dan di peringkat diploma pula, kejayaan terbaik saya adalah dengan menerima Sijil Anugerah Naib Canselor (ANC).
Teaching Method(s)
Teknik-teknik menarik dalam pembelajaran yang selalu saya terapkan adalah, yang pertama, pembelajaran yang berasaskan penyelesaian masalah yang menggunakan contoh dalam kehidupan sebenar, yang kedua adalah kuiz atau permainan interaktif yang berlandaskan subjek yang diajar dan yang terakhir adalah teknik pembelajaran mnemonik (pembelajaran mengingat maklumat yang lebih kompleks dengan menggunakan akronim untuk mudah memahami). Pendekatan yang saya selalu gunakan untuk memastikan pelajar memahami ilmu yang diajar adalah dengan melalui pendekatan seperti sesi soal jawab dan penilaian yang formatif seperti kuiz ringkas yang bekaitan dengan topik baru diajar. Hal ini bertujuan untuk memimbing mereka agar tidak ketinggalan dalam sesuatu topik dan membina kemahiran berfikir secara kritikal untuk mencari jawapan sendiri. Seterusnya, teknik untuk pelajar mendapat markah tinggi adalah dengan membuat pengulangan latihan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Bagi saya, teknik ini adalah paling berkesan kerana dapat membiasakan pelajar dengan format soalan yang terkini seperti jenis soalan yang sering ditanya dan juga peruntukan permarkahan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa