Profile Picture

Nurliyana Athirah *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia dengan Kepujian

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Bachok, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nurliyana Athirah Rodzi
Bachok, Kelantan

Cikgu Liyana,
Saya merupakan seorang guru pelatih yang telah tamat menjalani latihan praktikum selama 4 bulan di sekolah menengah. Walaupun pengalaman saya secara rasmi masih dalam fasa praktikum, saya telah terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang "lesson plan", mengendalikan eksperimen, mencipta bahan digital interaktif dan membimbing pelajar secara individu. Saya percaya bahawa dengan gabungan ilmu terkini ini, semangat yang tinggi dan keupayaan menyesuaikan diri dengan pelajar dapat menjadikan saya bersedia untuk berkhidmat dengan berkesan. Sebagai guru generasi baharu, saya juga celik teknologi dan kreatif dalam menjadikan pembelajaran menyeronokkan serta mudah difahami terutamanya bagi pelajar yang memerlukan pendekatan yang berbeza.

Subjek utama saya adalah Kimia dan Sains dengan tumpuan pada pendekatan pelbagai serta aplikasi harian. Saya juga mempunyai latar belakang dalam Fizik sebagai subjek minor semasa belajar, dan bersedia membantu pelajar dalam subjek tersebut sekiranya diperlukan.

Bagi kemahiran khusus yang dimiliki, saya mahir dalam mereka bentuk bahan digital seperti slaid interaktif, poster dan video, penggunaan aplikasi pembelajaran seperti Kahoot, Quizizz dan Canva, menjalankan eksperimen secara hands on dan mempunyai kemahiran yang cemerlang dalam komunikasi serta membina hubungan positif dengan pelajar.

Saya berjaya menghasilkan bahan bantu mengajar digital seperti slaid interaktif yang dapat menarik perhatian pelajar dan memudahkan pemahaman konsep abstrak dalam Sains, berjaya meningkatkan penglibatan pelajar dalam sesi pembelajaran melalui aktiviti hands-on, kuiz interaktif dan penggunaan aplikasi Kahoot dan Quizizz. Saya juga berjaya mencetuskan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan membina keyakinan pelajar untuk lebih aktif bertanya dan berkongsi idea, terutama bagi mereka yang kurang menonjol.
Teaching Method(s)
1. Gamifikasi dalam Pengajaran
Mengintegrasikan platform seperti Kahoot, Quizizz dan aktiviti berbentuk kuiz, teka silang kata serta permainan berasaskan markah bagi mendorong penglibatan pelajar secara aktif serta suasana kompetitif yang sihat dan menyeronokkan.

2. Pembelajaran Visual dan Kontekstual
Menggunakan analogi harian, bahan bergambar, video pendek, dan lakaran ringkas bagi membantu pelajar memahami konsep abstrak dalam Sains dan Kimia.

3. Pendekatan Kolaboratif dan Rakan Sebaya
mewujudkan kumpulan diskusi dan aktiviti "Jigsaw Learning: bagi menggalakkan interaksi pelajar serta pembinaan ilmu secara bersama dan aktiviti seperti "Gallery Walk", "Tarsia Puzzle" digunakan bagi mengaktifkan pemikiran kritis.

4. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
Menerapkan mini projek seperti mencipta grafik, laporan bergambar bagi menggalakkan kreativiti dan pemahaman mendalam.

5. Strategi Penyoalan dan Refleksi Kendiri
Menggunakan soalan terbuka bagi menggalakkan pemikiran aras tinggi (KBAT) dan mendorong pelajar menilai kefahaman sendiri melalui lembaran refleksi, diari pembelajaran dan kuiz ringkas.

6. Teknik Skor Cemerlang dalam Peperiksaan
Menerapkan teknik "keyword spotting" dan latihan menjawab berdasarkan format sebenar, menyediakan nota ringkas berfokuskan kata kunci dan latihan berperingkat (mudah ke sukar).
Subject
Subject School Level
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mathematics DLP
Darjah 3 Darjah 2 Darjah 1
Kimia
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Fizik
Tingkatan 4