Profile Picture

Nur Zakira *******

Sarjana Muda - Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Dungun, Terengganu

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya dikenali sebagai Teacher Imana. Seorang yang ceria dan aktif dalam menjalankan kelas dengan aktiviti yang iteraktif. Saya merupakan seorang graduan IPG, di mana saya telah menjalankan praktikum dengan tempoh 3 bulan sebanyak dua kali di sekolah yang berbeza. Pengalaman mengajar dapat saya terokai dalam fasa praktikum tersebut. Selain itu, saya juga pernah menjadi tutor peribadi dan juga pernah mengajar tusyen di pusat tusyen. Subjek utama yang saya mengajar adalah Bahasa Inggeris selaras dengan aliran yang saya ambil di Ijazah Sarjana Muda iaitu (TESL). Saya mendapat keputusan APTIS dengan gred C1. Saya pernah mengajar Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6 dan juga Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 di pusat tusyen. Di samping itu, saya boleh mengajar subjek Matematik. Saya pernah mengajar pelajar tutor peribadi, Darjah 5 dan juga tusyen tingkatan 1 dan tingkatan 2. Keputusan Matematik SPM saya adalah A+. Kemahiran khusus yang saya milik adalah kemahiran dalam bidang IT. Saya menggunakan slides presentation untuk mengajar. Kejayaan terbaik yang pernah saya capai adalah apabila pensyarah saya memuji kelas saya yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat pelajar saya. Saya juga merupakan guru mengaji ketika saya belajar di IPG. Saya mengajar beberapa pelajar Al-Quran.
Teaching Method(s)
Teknik yang saya sentiasa gunakan adalah teknik belajar sambil bermain. Teknik ini berkesan terutamanya kepada pelajar generasi kini. Melalui teknik belajar sambil bermain, saya akan memasukkan elemen 'game' dalam pelajaran tersebut. Sebagai contoh, saya menggunakan aplikasi Genially dan juga aplikasi Quizziz yang dapat diakses oleh pelajar supaya kelas tidak menjadi terlalu 'teacher-centered'. Saya juga menegaskan pendekatan 'student-centered' di mana pelajar boleh membentangkan topik dengan sendiri untuk menguji kefahaman pelajar tersebut. Teknik yang akan saya ajar untuk pelajar mendapatkan skor yang baik adalah teknik 'Adopt & Adapt'. Pelajar perlu memahami situasi, seterusnya pelajar perlu menjelaskan perkara tersebut dari kefahaman sendiri.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Darjah 3
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6