Profile Picture

Zunnur Alwani *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Kimia Industri)

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Taiping, Perak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Nama saya Cikgu Wani, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Kimia Industri) dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) di UKM. Walaupun belum mempunyai pengalaman rasmi mengajar, saya amat berminat dalam bidang pendidikan. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk berjaya jika dibimbing dengan pendekatan yang sesuai dan pembelajaran yang menyeronokkan dapat meningkatkan minat serta keyakinan diri pelajar. Fokus saya adalah pada subjek Sains dan Matematik bagi peringkat sekolah rendah dan menengah serta Kimia dan Matematik Tambahan bagi peringkat menengah. Antara pencapaian terbaik saya ialah memperoleh keputusan straight A dalam SPM 2018.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan nota interaktif yang menekankan penggunaan kata kunci, gambar, animasi, peta i-THINK, serta komik pembelajaran melalui pelbagai platform seperti Canva bagi membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Saya berusaha menjadikan topik-topik yang sukar lebih mudah difahami melalui pendekatan visual dan contoh yang dekat dengan kehidupan pelajar. Saya juga gemar mengaitkan isi pelajaran dengan situasi harian atau trend semasa supaya pelajar lebih mudah mengingati dan melihat kegunaan ilmu yang dipelajari. Istilah-istilah kompleks terutamanya dalam subjek Sains akan saya terangkan dalam bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami. Selain itu, saya kerap menggunakan latihan interaktif daripada pelbagai platform sebagai pengukuhan. Untuk persediaan peperiksaan, saya menekankan teknik menjawab berdasarkan kata kunci dan membimbing pelajar menggunakan format jawapan yang ringkas tetapi tepat mengikut kehendak soalan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Kimia
Tingkatan 4 Tingkatan 5