Profile Picture

Nur Izzany *******

Sarjana Muda - Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Penaga, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Rendah

Training Matematik Sek Rendah

Training Motivation In Education

Training Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Izzany atau Nany. Saya merupakan graduan IPG KPM 2025, pengkhususan Bahasa Melayu dan elektif Matematik yang baru sahaja tamat bergraduasi pada awal Julai yang lalu, jadi saya tiada pengalaman mengajar sebagai seorang guru tetap tetapi pernah menjalani latihan praktikal selama 3 bulan di SK Anchi, Miri, Sarawak sebagai guru pelatih yang mengajar bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 dan Matematik DLP Tahun 2. Saya juga pernah menjalani latihan praktikal di SK Jalan Bintang Miri, Sarawak dan mengajar subjek Bahasa Melayu Tahun 5 dan Matematik DLP Tahun 4. Sepanjang menjalani latihan praktikal, saya berjaya membantu seorang murid Tahun 4 untuk menulis dengan kemas yang sebelum ini tulisannya tidak boleh dibaca serta berjaya menarik minat murid pemulihan Tahun 2 untuk mahir membaca menggunakan inovasi digital yang saya bangunkan.
Teaching Method(s)
Saya suka menggunakan teknik belajar sambil bermain. Misalnya menggunakan dam ular, BINGO atau TicTacToe untuk mengajar aspek tatabahasa dan latihan pelbagai soalan untuk Matematik. Saya juga gemar menggunakan teknik pembelajaran teradun iaitu gabungan antara teknologi dan tradisional. Contohnya menggunakan aplikasi Quizizz, WordWall, EduCandy dan sebagainya bagi menarik minat murid untuk kekal fokus belajar. Bagi subjek Matematik, saya akan pastikan supaya pengajaran saya dimulakan daripada bahan konkrit atau maujud, kemudian barulah kepada perwakilan dan nombor abstrak yang boleh dikaitkan dalam kehidupan seharian murid.
Rating & Review

Nurihan Binti Abdul Manap

Matematik

Guru sangat sabar dengan kerenah anak saya. Anak saya pasif dan susah nak respond. Dengan tutor cg Izzani anak sangat faham semasa sesi pembelajaran

Subject
Subject School Level
Matematik
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Mathematics DLP
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6