Profile Picture

Nur Syamimi *******

Sarjana Muda - Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuluddin dan Falsafah)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Mantin, Negeri Sembilan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
“Faham dengan tenang, belajar dengan senang.”

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Cikgu Syamimi, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari UKM dan tutor berpengalaman sejak 2024. Saya mengajar Bahasa Melayu, Matematik dan Sains untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, serta kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) bagi murid prasekolah.

Saya pernah memperoleh keputusan cemerlang (straight A SPM & Mumtaz STAM) dan kini sangat berazam untuk membantu anak-anak didik saya belajar dengan yakin dan seronok. Saya percaya bahawa setiap pelajar boleh faham jika dia dibimbing dengan cara yang sesuai dan suasana yang tenang.

Ramai pelajar saya yang sebelum ini kurang minat dalam pelajaran kini lebih yakin, aktif bertanya, dan mula menyukai proses pembelajaran. Saya komited untuk membimbing anak tuan/puan bukan sahaja untuk faham pelajaran, tetapi juga untuk membina minat dan keyakinan diri.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan pendekatan pembelajaran yang berfokus dan mesra pelajar, bergantung kepada tahap dan keperluan mereka. Antara teknik yang saya gunakan ialah latihan berperingkat, soal jawab dua hala, penggunaan bahan bantu visual seperti peta minda, serta aktiviti berasaskan permainan untuk pelajar muda. Pendekatan ini membantu pelajar lebih faham, seronok belajar dan membina keyakinan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6