Profile Picture

Khayrin Qistina *******

Sarjana Muda - Bachelor of Science (Mathematics Technology) With Honours

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Pagoh) (Ongoing Study)

Jitra, Kedah

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Khayrin Qistina, dan saya lebih mesra dipanggil Khay. Saya kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Matematik Teknologi, yang menekankan aplikasi matematik dalam analisis data dan teknologi maklumat.
Walaupun saya belum mempunyai pengalaman mengajar secara formal, saya sering membantu adik-beradik, sepupu serta rakan-rakan mereka dalam pelajaran, khususnya dalam subjek berkaitan matematik dan sains. Alhamdulillah, terdapat peningkatan dalam kefahaman dan prestasi mereka selepas sesi pembelajaran bersama saya. Saya percaya bahawa dengan pendekatan yang sesuai, setiap pelajar boleh memahami konsep yang rumit dengan lebih mudah. Minat saya terhadap pembelajaran dan perkongsian ilmu mendorong saya untuk terus membantu orang lain, walaupun bukan dari latar belakang pendidikan secara langsung.
Teaching Method(s)
Saya suka mengajar dengan pendekatan yang santai dan mudah difahami, supaya pelajar tidak berasa tertekan. Biasanya, saya akan terangkan sesuatu topik secara langkah demi langkah dan kaitkan dengan situasi harian agar lebih mudah difahami. Saya juga galakkan pelajar untuk bertanya dan berbincang, kerana saya percaya komunikasi dua hala dan latihan yang konsisten dapat bantu mereka lebih yakin dan faham dengan lebih mendalam.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4