Profile Picture

Izzah Maisarah

Sarjana Muda - BACHELOR SOCIAL WORK

Universiti Sultan Zainal Abidin (Gong Badak) (Ongoing Study)

Bandar Tun Razak, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

Training Motivation In Education

Training Online Class Preparation

Training Matematik Sek Menengah Bawah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya dikenali sebagai Miss Ija. Saya merupakan pelajar tahun akhir yang akan bergraduasi pada bulan November 2025 dan akan melanjutkan pengajian Ijazah setelah itu. Saya mempunyai pengalaman lebih daripada setahun dalam menjadi tutor persendiriran dan mengajar tuisyen di rumah, khususnya kepada pelajar sekolah rendah dan menengah rendah dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik, dan bimbingan akademik asas. Saya juga mahir menyediakan nota, latihan, dan bahan pembelajaran dalam format digital yang menarik. Disamping itu, rata-rata pelajar yang saya kongsikan nota ringkasan telah menunjukkan perkembangan prestasi yang baik dan semakin meningkat.
Teaching Method(s)
1. Saya akan mengenalpasti tahap kemampuan dan gaya belajar pelajar melalui sesi awal.
2. Saya akan menyesuaikan kaedah pengajaran ikut keperluan pelajar sama ada visual, audio atau hands-on.
3. Saya akan melibatkan pelajar dalam aktiviti ringkas seperti mind mapping, kuiz interaktif atau perbincangan harian supaya pembelajaran lebih hidup dan menyeronokkan.
4. Saya akan memberi latihan mengikut peringkat, bermula dari yang mudah hingga ke tahap lebih sukar.
5. Saya juga akan menyelitkan elemen motivasi dan sokongan emosi dalam pembelajaran, supaya pelajar lebih bersemangat.
6. Saya turut membuat penilaian berkala melalui latihan, ujian mini atau sesi ulangkaji bagi membantu pelajar dan ibu bapa melihat perkembangan secara berterusan.
7. Saya akan mengaitkan topik pembelajaran dengan situasi harian supaya pelajar lebih faham dan mudah ingat.
8. Saya akan memberi tips menjawab soalan dengan teknik yang lebih mudah difahami dan fokus kepada latihan menjawab mengikut format peperiksaan sebenar (jika berkaitan).
Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1