Profile Picture

Ammar Huzaifah *******

Sarjana Muda - Sains Aktuari

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Johor Bahru, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Panggil sahaja Ammar atau Abang Ammar 😊
Saya lebih selesa dengan suasana pembelajaran yang santai dan mesra supaya pelajar tidak rasa segan untuk bertanya apa sahaja — tak ada soalan yang 'bodoh', semua soalan penting untuk difahami!

Saya mendapat A+ dalam Matematik Tambahan sepanjang Tingkatan 5, dan sering menjadi rujukan rakan-rakan sebagai "guru muda" untuk subjek Matematik Tambahan dan Fizik. Walaupun belum mengajar secara rasmi, saya sangat berpengalaman membantu kawan-kawan memahami konsep-konsep sukar dengan cara yang mudah, ringkas dan logik, serta menyediakan latihan ulang kaji bersama mereka.

Saya sangat mahir dalam subjek yang melibatkan pengiraan dan pemikiran logik seperti Matematik Tambahan, Fizik, dan Statistik. Disebabkan minat saya yang mendalam terhadap matematik, saya memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Aktuari — bagi saya, matematik adalah bahasa logik yang sangat menyeronokkan dan penuh cabaran!

Dari sudut pencapaian, saya memperoleh:
✔️ 7A+ dan 3A dalam SPM (termasuk A+ untuk Matematik Tambahan & Fizik)
✔️ CGPA 4.00 di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM)
✔️ Kini sedang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari di UM

Saya bukan sahaja bersemangat untuk mengajar, tapi juga untuk menyemai minat dan keyakinan pelajar terhadap subjek yang sering dianggap susah. Jom belajar dengan santai, faham dengan yakin, dan insyaAllah, skor cemerlang!
Teaching Method(s)
Saya suka menggunakan analogi yang dekat dengan kehidupan harian supaya pelajar lebih mudah memahami dan mengingati konsep-konsep penting. Pendekatan saya bersifat interaktif, logik, dan strategik, di mana saya akan membantu pelajar:

✅ Fokus kepada jalan kerja paling ringkas dan berkesan
✅ Kenal pasti pola atau pattern soalan bagi mengenal strategi terbaik
✅ Cuba sendiri dahulu, kerana proses mencuba membina kefahaman sebenar
✅ Dibantu hanya bila benar-benar buntu, supaya mereka berdikari dan yakin

Saya juga menggunakan bahan bantu mengajar kreatif seperti nota bergambar, peta minda, dan video pendek untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan.

Pendekatan saya adalah “faham dahulu, hafal kemudian” – pelajar akan diterangkan konsep secara berperingkat, diberi latihan berdasarkan tahap mereka, dan akhirnya perlu mampu mengajar semula topik itu dengan bahasa sendiri – tanda mereka benar-benar faham.
Subject
Subject School Level
Matematik Tambahan
Tingkatan 5 Tingkatan 4
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5