Profile Picture

Nur Ayunie *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Gombak, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya dikenali dengan panggilan mesra Ayu dan mempunyai pengalaman mengajar semasa menjalani latihan praktikum di sekolah menengah. Sepanjang tempoh tersebut, saya telah mengajar subjek Asas Sains Komputer (ASK) tingkatan 1, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tingkatan 2 dan Sains Komputer tingkatan 4 sebagai subjek utama. Saya memiliki kemahiran dalam membuat coding serta menggunakan software dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik. Saya tertumpu kepada penyampaian pengajaran yang berkesan, kebolehan mengurus kelas dengan baik, serta keupayaan membina hubungan positif bersama pelajar.
Teaching Method(s)
Dari segi kaedah pengajaran, saya sering menerapkan pendekatan interaktif seperti kuiz digital dan elemen permainan (gamifikasi) bagi meningkatkan minat pelajar. Saya turut mengutamakan kaedah "hands-on" supaya pelajar dapat belajar secara aktif melalui pengalaman sebenar. Bagi memastikan pelajar memahami isi pelajaran, saya sering memberi bimbingan secara individu dan menjalankan perbincangan kumpulan kecil. Untuk membantu mereka mencapai keputusan yang baik, saya mengajar teknik menjawab soalan secara berstrategi, menyediakan latihan berfokus, dan membantu pelajar menghasilkan nota padat dalam bentuk peta minda dan infografik.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Reka Bentuk dan Teknologi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Asas Sains Komputer
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains Komputer
Tingkatan 4 Tingkatan 5