Profile Picture

Siti Fatihah *******

Sarjana Muda - Kejuruteraan Kimia

Universiti Sains Malaysia (Nibong Tebal) (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Siti Fatihah, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan berjaya menamatkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di UKM. Secara peribadi, saya merupakan seorang pendidik terlatih dengan pengalaman praktikum terkini mengajar subjek Sains, Bahasa Inggeris dan Kimia dan pernah dilantik sebagai mentor untuk subjek Biologi, Fizik dan Matematik semasa di sekolah menengah dan Pra-U, serta membantu adik saya secara peribadi dalam subjek Matematik Tambahan bagi persediaan SPM. Subjek utama yang saya ajar ialah Kimia, Matematik dan Sains, selain Fizik dan Matematik Tambahan sebagai subjek sampingan.

Antara kemahiran khusus yang saya miliki ialah kebolehan menganalisis sesuatu topik secara terperinci dan menyusun semula isi kandungan dengan cara yang lebih mudah difahami oleh pelajar melalui poin-poin penting. Saya juga cenderung menggunakan pendekatan pembelajaran yang bertahap, terutamanya bagi pelajar yang menghadapi kesukaran memahami topik abstrak seperti Kimia atau Matematik. Selain itu, saya seorang yang sangat teliti, dan sering menghasilkan nota ringkas yang padat sebagai rujukan pantas yang telah banyak membantu rakan dan adik saya dalam ulang kaji mereka. Tambahan, saya juga mahir dengan penggunaan digital dalam penyediaan bahan mengajar dan belajar dan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kejayaan terbaik saya setakat ini adalah apabila rakan-rakan dan adik saya menunjukkan peningkatan dalam pemahaman dan prestasi mereka setelah mengikuti bimbingan saya, berjaya untuk berdikari menyelesaikan soalan/masalah dengan bimbingan yang minimum.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran, saya menerapkan pendekatan yang berstruktur dan berfasa bagi memastikan pelajar benar-benar memahami sesuatu topik. Sekiranya pelajar telah mempelajari topik tersebut di sekolah, saya akan mulakan dengan menilai tahap penguasaan asas mereka terlebih dahulu — ini membantu saya mengenal pasti sebarang jurang kefahaman yang perlu diperbaiki. Seterusnya, saya akan menekankan semula konsep asas serta formula penting yang berkaitan sebelum memberikan contoh soalan yang diselesaikan secara langkah demi langkah bersama pelajar.

Saya percaya pelajar lebih mudah memahami apabila mereka melihat kaitan antara teori dan penyelesaian praktikal. Oleh itu, selepas membincangkan contoh, saya akan berikan soalan yang hampir sama dari segi struktur dan konsep untuk mereka cuba selesaikan. Dalam proses ini, saya membimbing mereka tetapi pada masa yang sama menggalakkan mereka berfikir dan membina keyakinan dalam mencari penyelesaian sendiri.

Antara teknik yang saya gunakan untuk membantu pelajar skor dengan lebih baik termasuk teknik menyorot kata kunci dalam soalan, mengenal pasti jenis soalan berdasarkan pola tertentu (terutama dalam Matematik dan Sains), serta latihan berfokus kepada latih tubi (peringkat pengajaran dalam bilik darjah) dan soalan-soalan peperiksaan sebenar (peringkat kelas tambahan). Kaedah ini membantu pelajar lebih bersedia, lebih yakin dan lebih sistematik dalam menjawab soalan peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Kimia
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5