Profile Picture

Ainaa Aqilah *******

Sarjana Muda - Geografi

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Kuala Nerang, Kedah

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hii, saya lebih mesra dipanggil sebagai Cikgu Ainaa. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 4 bulan semasa menjalani praktikum di sekolah menengah. Saya juga pernah menjadi guru tutor di rumah secara fizikal bersama seorang murid STPM dan seorang murid sekolah menengah. Subjek utama saya ialah Geografi dan saya juga boleh mengajar untuk subjek Bahasa Melayu. Saya mahir dalam penggunaan teknologi pendidikan terkini seperti Canva, Kahoot, Quizizz, Wordwall, Google Classroom dan pelbagai aplikasi interaktif untuk PAK-21. Saya juga kreatif dalam mencipta bahan bantu mengajar secara maya ataupun maujud yang boleh membantu menarik minat murid. Saya pernah menyertai dan memenangi pingat emas dalam 1st International Innovation Competition in Social Science Education 2025. Saya telah berjaya mencipta satu inovasi yang boleh membantu meningkatkan pencapaian murid untuk memahami sesuatu subtopik.
Teaching Method(s)
Teknik pembelajaran yang saya terapkan ialah pembelajaran interaktif yang menggunakan permainan (gamifikasi) untuk membantu murid untuk mengukuhkan pemahaman mereka terhadap subtopik yang diajar. Saya juga menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar yang memerlukan murid untuk memberi interaksi dua hala dengan guru. Saya juga mengajar menggunakan akronim, peta minda dan kata kunci yang penting untuk memastikan murid mudah mengingati isi penting. Saya juga menyediakan nota ringkas dan latihan ulangkaji yang sesuai dengan aras pemahaman murid.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Geografi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 STPM - Tingkatan 6 Tingkatan 5