Profile Picture

Shanis Illiyin

Sarjana Muda - Bimbingan dan Kaunseling

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Tanjong Malim, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

Training Sains Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Haiii boleh panggil saya Cikgu Yin..walaupun saya lepasan jurusan kaunseling saya boleh mengajar subjek Sains dan Matematik peringkat sekolah rendah dan menengah kerana saya merupakan pelajar aliran sains semasa SPM. Saya juga pernah mengajar beberapa murid yang berumur 8 tahun dan keatas selama 3 bulan sahaja. Antara kejayaan terbaik yang pernah saya capai adalah pencapaian akademik semasa SPM,Matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, saya juga telah berjaya menganjurkan Program Jom Masuk Universiti di sekolah untuk membantu murid lebih yakin dan menambah ilmu pengetahuan mereka yang sedia ada. Akhir sekali, saya berjaya membantu murid yang kurang kefahaman tentang subjek sains semasa latihan praktikal di sekolah.
Teaching Method(s)
Antara teknik menarik yang saya terapkan adalah pembelajaran Abad-21 dan berteraskan buku teks. Saya akan terapkan teknik yang menarik yang berasaskan permainan contohnya Quizziz,Kahoot atau Canva. Ini dapat membuatkan sesi pembelajaran lebih seronok. Selain itu, saya juga akan menyediakan satu slide yang menarik dan ringkas untuk memudahkan murid lebih faham bagi satu-satu topik itu. Saya juga akan menyediakan nota yang ringkas untuk diberikan kepada murid sebagai satu bantuan untuk murid mengulangkaji.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Sains
Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2