Profile Picture

Nurfatin Shahirah *******

Sarjana Muda - Marketing

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Ongoing Study)

Johor Bahru, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Cik Fatin. Walaupun saya belum mempunyai pengalaman formal sebagai guru, saya pernah bekerja di sebuah taska dan berpeluang mengajar serta membimbing kanak-kanak kecil (toddler) dalam aktiviti pembelajaran asas. Pengalaman ini telah membentuk kemahiran saya dalam berinteraksi dengan pelajar secara sabar, mesra dan kreatif.

Selain itu, ibu saya merupakan seorang guru, dan melalui beliau, saya banyak mempelajari pendekatan serta teknik pengajaran yang berkesan. Saya percaya dengan minat yang mendalam dalam pendidikan dan keinginan untuk membantu pelajar, saya mampu memberikan komitmen sepenuhnya dalam setiap sesi pembelajaran.
Teaching Method(s)
Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, saya akan menggunakan pendekatan yang mesra, sabar dan bersifat sokongan agar pelajar berasa selesa untuk belajar dan bertanya.

Saya gemar menggunakan bahan bantu mengajar yang ringkas dan mudah difahami seperti gambar, warna, dan contoh situasi harian – terutamanya untuk pelajar yang lebih muda. Saya juga percaya dalam memberi galakan berterusan agar pelajar lebih yakin dengan diri sendiri.

Jika pelajar menghadapi kesukaran, saya akan membimbing langkah demi langkah dan memastikan mereka benar-benar faham sebelum beralih ke topik seterusnya. Saya juga akan memberi latihan tambahan yang bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar untuk membantu mereka skor lebih baik dalam ujian atau peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6